awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis Ipoh tumpu banteras kes pecah rumah

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
13/07/2022
05:56 MYT
Polis Ipoh tumpu banteras kes pecah rumah
Asisten Komisioner Yahaya Hassan (kiri) menyerahkan bungkusan daging korban pada majlis Korban Perdana anjuran Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh di Balai Polis Kampung Rapat, Ipoh, hari ini. - Gambar Astro AWANI
IPOH: Polis Diraja Malaysia (PDRM) Ipoh memberi tumpuan kepada usaha untuk membanteras jenayah pecah rumah yang menunjukkan peningkatan sejak kebelakangan ini.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, peningkatan itu berlaku selepas pergerakan merentasi sempadan dibenarkan mulai April lalu.
Bagaimanapun, kata beliau kejadian itu masih terkawal dan rendah, berbanding sebelum pandemik COVID-19.
“Masa COVID-19, semua orang disekat, penjenayah pun tersekat, tuan rumah berada di rumah, penjenayah pun berada di rumah, tidak berpeluang untuk melakukan jenayah,” kata Yahaya yang ditemui pada majlis Korban Perdana anjuran Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh di Balai Polis Kampung Rapat, di sini, hari ini.
Yahaya berkata, walaupun polis berjaya membuat tangkapan dan menghadapkan penjenayah ke mahkamah di samping memberkas penagih dadah yang dikenal pasti, namun, kes pecah rumah di bandaraya itu masih berlaku.
Sehubungan itu, beliau meminta kerjasama orang ramai untuk bersama-sama membantu membenteras jenayah pecah rumah.
“Jika mereka mahu meninggalkan rumah untuk tempoh lama, dua tiga hari, saya minta mereka maklumkan kepada mana-mana balai supaya polis boleh membuat pemantauan,” ujarnya.
Mengenai majlis Korban Perdana itu, beliau berkata, sebanyak 12 ekor lembu, seekor kerbau dikorbankan sebelum diagihkan kepada para penerima.
Kata Yahaya, haiwan-haiwan ternakan itu disumbangkan oleh anggota dan pegawai polis selain sumbangan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Daging-daging korban itu, jelas beliau, diagihkan kepada golongan asnaf, anak yatim dan kumpulan B40 melalui 25 balai-balai polis di sekitar Ipoh.
Topic Berkaitan
#kes pecah rumah
#polis ipoh
#PDRM
#Asisten Komisioner Yahaya Hassan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan