MALAYSIA
Polis: Jangan buat spekulasi ke atas gambar Adam Adli bergari
Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menasihatkan orang ramai tidak terus membuat sebarang spekulasi ke atas gambar Adam Adli Abdul Halim dalam keadaan bergari kerana ianya boleh menimbulkan kemudaratan kepada kestabilan negara.
Berikutan gambar Adam Adli dalam keadaan bergari yang telah tersebar luas melalui
media-media sosial, PDRM menafikan gambar tersebut telah dirakam di lokap Jinjang, Kuala Lumpur.
“Walaubagaimanapun penggunaan gari adalah prosedur biasa pihak polis yang dikenakan ke atas semua tangkapan dan tahanan kecuali pesalah juvana,” kata ACP Zakaria Pagan, Ketua Polis Daerah Sentul di dalam satu kenyataan akhbar.
Tambahnya lagi, setiap tahanan akan sentiasa digari apabila dibawa keluar daripada lokap tempat tahanan atas sebab-sebab keselamatan dan Adam Adli tidak terkecuali.