awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran Trump kepada Republikan: "Jika kalah pilihan raya pertengahan penggal, saya akan dipecat"
"Tiada siapa boleh lawan kita" - Trump puji ‘kejayaan ketenteraan luar biasa’ di Venezuela
Cuba dedah identiti 32 anggota maut dalam serangan AS ke atas Venezuela, Washington pertahan tindakan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis jejaki lelaki lepaskan tembakan di kawasan perumahan Kuala Gula

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
04/07/2023
05:34 MYT
Polis jejaki lelaki lepaskan tembakan di kawasan perumahan Kuala Gula
Mohd Yusri berkata, pihaknya menerima panggilan daripada pemilik rumah berkenaan mengenai kejadian tersebut, kira-kira jam 3 pagi. - Gambar fail/BERNAMA
KERIAN: Polis sedang menjejaki seorang lelaki tidak dikenali, yang dipercayai melepaskan beberapa das tembakan ke arah sebuah rumah di kawasan perumahan Kuala Gula, dekat sini, awal pagi ini.
Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, pihaknya menerima panggilan daripada pemilik rumah berkenaan mengenai kejadian tersebut, kira-kira jam 3 pagi.
Menurutnya, hasil siasatan di lokasi, mendapati pengadu, seorang peniaga kerang yang berusia 56 tahun, tinggal di rumah itu bersama isteri dan empat orang anaknya.
“Pemeriksaan lanjut mendapati terdapat kesan tembakan pada kereta, motosikal serta pintu cermin rumah mangsa.
“Mangsa dan keluarga bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Mohd Yusri berkata, pemeriksaan yang dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Forensik (D10) Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak telah mendapati beberapa kesan tembakan dan menjumpai lima kelongsong peluru kaliber 9mm.
Menurutnya, siasatan juga mendapati suspek adalah seorang lelaki yang menaiki sebuah motosikal, telah melepaskan beberapa das tembakan ke arah rumah mangsa.
Kes disiasat di bawah Seksyen 39 Akta Senjata Api (Penalti lebih berat) 1971.
Beliau berkata, pihak polis masih menjalankan siasatan mendalam mengenai motif kejadian itu dan usaha menjejaki suspek sedang giat dilakukan.
Justeru itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian tersebut supaya menghubungi Pegawai Penyiasat IPD Kerian, Inspektor Mohd Zulhimi Dohan di talian 013-260 4403 atau balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.
Topic Berkaitan
#insiden tembakan
#kawasan perumahan Kuala Gula
#polis perak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan