MALAYSIA
Polis Johor keluar 968 saman kesalahan trafik dalam operasi sempena Deepavali
Ab Rahaman (tengah) meninjau sekatan jalan raya bagi memeriksa tahap pematuhan pengguna jalan raya sempena Op Lancar sempena sambutan perayaan Deepavali di Johor Bahru, malam tadi. - Gambar/ Bernama
JOHOR BAHRU: Polis Johor mengeluarkan 968 saman atas pelbagai kesalahan trafik menerusi Op Lancar yang bermula petang semalam, sempena sambutan Deepavali.
Ringkasan AI
Ketua Polis Johor Datuk Ab Rahaman Arsad berkata antara kesalahan itu ialah memandu secara berbahaya, tiada lesen dan mengubah suai kenderaan.
"Turut ditahan 26 individu berusia antara 15 hingga 46 tahun atas kesalahan trafik dan dadah selain 165 motosikal serta lima kereta disita," katanya pada sidang media Op Lancar di Tambak Johor, di sini hari ini.
Ab Rahaman berkata sebanyak 5,000 kenderaan termasuk 2,244 motosikal dan 2,181 kereta diperiksa dalam operasi itu.
Sementara itu, beliau berkata 1,238 pegawai dan anggota polis ditugaskan dalam pelbagai operasi termasuk Op Lancar, bagi memantau lokasi strategik dari 17 Okt hingga Rabu sempena Deepavali.
Beliau berkata ia melibatkan kawasan perumahan, pusat hiburan, pusat beli-belah, kuil, lebuh raya utama dan pintu masuk sempadan negara.
"Hasil operasi dan pemantauan, polis Johor telah membuat pemeriksaan ke atas 6,107 individu," katanya.
Ab Rahaman berkata operasi melibatkan kerjasama pelbagai agensi termasuk Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) , Jabatan Alam Sekitar (JAS), pihak berkuasa tempatan (PBT), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Polis Johor mengeluarkan 968 saman atas pelbagai kesalahan trafik menerusi Op Lancar sempena sambutan Deepavali, termasuk kesalahan memandu secara berbahaya, tiada lesen dan pengubahsuaian kenderaan.
- Seramai 26 individu berusia antara 15 hingga 46 tahun ditahan atas kesalahan trafik dan dadah, manakala 165 motosikal serta lima kereta disita dalam operasi yang memeriksa 5,000 kenderaan.
- Seramai 1,238 pegawai dan anggota polis ditugaskan bagi memantau lokasi strategik dari 17 Oktober hingga Rabu, melibatkan kerjasama pelbagai agensi seperti JPJ, JAS, PBT, AADK dan RELA.