MALAYSIA
Polis Johor lupus dadah, peralatan proses bernilai RM43.54 juta
Datuk Ab Rahaman Arsad menunjukkan antara dadah yang akan dilupuskan. - Gambar/ Polis Johor
JOHOR BAHRU: Polis Johor melupuskan barang kes melibatkan pelbagai jenis dadah dan peralatan memproses bahan terlarang itu bernilai RM43.54 juta.
Ketua Polis Johor Datuk Ab Rahaman Arsad berkata kesemua dadah dianggar seberat 651 kilogram (kg) dan 12,243.02 liter yang dilakukan mengikut peruntukan Perintah Tetap Ketua Polis Negara Bahagian D207.
"Pelupusan barang kes ini secara keseluruhan membabitkan 4,528 kertas siasatan yang telah selesai pendakwaan mahkamah dari 2000 hingga 2024," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini hari ini.
Beliau berkata kertas siasatan itu antaranya melibatkan kes di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Seksyen 39A 2 ADB 1952, Seksyen 39A 1 ADB 1952, Seksyen 6 ADB 1952, Seksyen 12 (2) ADB 1952 dan Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952.
Sementara itu, Ab Rahaman berkata dadah yang dilupuskan terdiri daripada 57.81kg heroin, 17.1kg ganja, 94.39kg ketamin, 49.65kg methamphetamine,105.64kg methylenedioxymethamphetamine (MDMA),1.59kg nimetazepam, 325.38kg daun ketum, 5,120.92 liter air ketum,193.14 gram pil yaba, 456.1 gram cecair vape dan 6,666 liter cecair kimia.
Beliau berkata jumlah dadah itu mampu menjejaskan hampir 1.39 juta penagih sekiranya terlepas ke pasaran dengan pelupusan itu dilaksanakan oleh sebuah syarikat pengurusan sisa berjadual di tapak pelupusan Telok Panglima Garang, Selangor.
-- BERNAMA