awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis jumpa beg tangan dipercayai milik Nur Farah Kartini

Bernama
Bernama
18/07/2024
14:35 MYT
Polis jumpa beg tangan dipercayai milik Nur Farah Kartini
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan penemuan bahan bukti tersebut. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Beg tangan wanita dipercayai milik Nur Farah Kartini Abdullah ditemukan dalam operasi pencarian bahan bukti yang dijalankan di Sungai Trolak Kampung Batu, Perak, semalam.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan penemuan bahan bukti tersebut.
"Ya. Beg wanita yang ditemui itu dipercayai kepunyaan mangsa," katanya ketika dihubungi media hari ini.
Media tempatan sebelum ini melaporkan usaha mencari baki bahan bukti dijalankan berdekatan Sungai Trolak, Perak.
Lokasi tersebut terletak kira-kira 20 minit daripada ladang kelapa sawit berdekatan Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor yang menjadi kawasan pencarian bahan bukti sebelum ini.
Pencarian bahan bukti di sebuah parit di ladang kelapa sawit itu sebelum ini menemukan telefon pintar dipercayai milik mangsa.
Mayat Nur Farah Kartini, 25, dijumpai di kawasan ladang kelapa sawit berkenaan kira-kira 6 petang pada Isnin, selepas bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu dilaporkan hilang sejak 10 Julai lepas.
Susulan itu, seorang lelaki berusia 26 tahun yang juga seorang anggota polis bertugas di Perak kini direman hingga 22 Julai ini untuk membantu siasatan kes terbabit di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Jenazah Nur Farah Kartini selamat dikebumikan petang tadi di Tanah Perkuburan Kampung Nyiur Manis, Pekan, Pahang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#beg tangan wanita
#Nur Farah Kartini
#operasi pencarian bahan bukti
#Sungai Trolak Kampung Batu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan