awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
2,500 pertubuhan belia disasar mohon Geran SejaTi MADANI
Rundingan dengan AS hanya berjaya jika hak rakyat Iran dihormati - Araghchi
Pilihan raya Thailand: Bhumjaithai dahului keputusan awal ketika undi masih lagi dikira
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis Kedah lupus lebih 14,000 komponen motosikal diubah suai

Bernama
Bernama
07/05/2025
08:52 MYT
Polis Kedah lupus lebih 14,000 komponen motosikal diubah suai
Pelupusan telah mendapat arahan daripada mahkamah dan dilakukan dalam beberapa fasa menggunakan jentera penggelek jalan. - Sinar Harian
ALOR SETAR: Polis Kedah merampas dan melupuskan 14,050 komponen motosikal diubah suai dari tahun lepas hingga kes terkini, kata Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri Supt Abdel Nasser S. Salleh.
Beliau berkata komponen itu termasuk ekzos, lengan ayun, enjin, karburetor, ECU, tayar dan pelbagai aksesori lain dengan rampasan tertinggi ialah 6,970 ekzos serta 5,183 lengan ayun yang tidak mengikut spesifikasi dibenarkan.
"Pelupusan ini telah mendapat arahan daripada mahkamah dan dilakukan dalam beberapa fasa menggunakan jentera penggelek jalan, bagi memastikan aksesori itu tidak boleh digunakan semula," katanya pada Majlis Pelupusan Barang Rampasan Komponen Motosikal JSPT Kontinjen Kedah Fasa1 Tahun 2025 di sini hari ini.
Beliau menasihatkan orang ramai tidak mengubah suai motosikal sehingga melanggar peraturan, terutama penggunaan ekzos bising serta enjin yang boleh membahayakan diri dan pengguna jalan raya atau terlibat aktiviti rempit atau samseng jalanan.
"Polis akan terus bertindak tegas terhadap kegiatan rempit dan mengesan pemilik motosikal diubah suai selain melakukan pemeriksaan di bengkel membuat pengubahsuaian secara tidak sah," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Polis Kedah
#komponen motosikal
#pelupusan
#rampasan
#komponen tidak ikut spesifikasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan