awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis kejar suspek, macam dalam filem pula!

Astro Awani
Astro Awani
16/09/2020
04:24 MYT
Polis kejar suspek, macam dalam filem pula!
Polis percaya suspek datang ke kawasan terbabit untuk menjual dadah dan semakan mendapati lelaki yang ditahan mempunyai rekod lampau berhubung kesalahan dadah. - Astro AWANI
Tindakan seorang wanita dan lelaki memecut kereta yang dinaiki ketika mengelak ditahan pihak polis membongkar penemuan kira-kira 1,000 pil kuda yang dianggarkan bernilai RM20,000.
Sebelum diberkas, dalam kejadian kira-kira jam 4.25 petang Selasa itu, pihak polis terpaksa mengejar mereka sejauh lapan kilometer di Bandar Baru Kerteh, di sini.
Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Hanyan Ramlan berkata, tangkapan melibatkan seorang lelaki berusia 32 tahun dan seorang wanita berusia 25 tahun.
“Sebelum itu, pihak kami ada menerima maklumat berhubung kes penjualan dadah yang berlaku di kawasan Kerteh.
“Anggota kami kemudian melakukan rondaan di kawasan terbabit sebelum terserempak dengan kereta yang dinaiki suspek di kawasan Kampung Batu Putih dalam keadaan mencurigakan.
“Sebaik menyedari kehadiran polis, suspek dikatakan bertindak memecut kereta terbabit dan memandu dalam keadaan bahaya,” katanya.
Tambahnya, polis beberapa kali meminta kenderaan terbabit berhenti namun suspek terus memecut untuk meloloskan diri.
“Tindakan suspek yang memandu dalam keadaan bahaya menyebabkan kereta itu melanggar empat kenderaan awam sebelum mereka berjaya ditahan ketika memasuki sebuah restoran makanan segera.
“Beliau percaya suspek datang ke kawasan terbabit untuk menjual dadah dan semakan mendapati suspek lelaki mempunyai rekod lampau berhubung kesalahan dadah,” ujarnya.
Kes akan disiasat mengikut Seksyen 39 (b) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Topic Berkaitan
#Akta Dadah Berbahaya 1952
#Akta Pengangkutan Jalan 1987
#Dadah
#filem
#Hanyan Ramlan
#jenayah
#Kanun Keseksaan
#Kemaman
#kereta
#Ketua Polis Daerah Kemaman
#lelaki
#polis
#rekod lampau
#restoran makanan segera
#suspek
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan