MALAYSIA
Polis Kelantan adakan latihan ancaman pengganas di Stesen Jana Kuasa Sultan Ismail Petra
Mohd Yusoff (tiga, kiri) bersalaman bersama anggota Polis Platun Tiger PGA pada majlis penutup Latihan Amal Ancaman Pengganas di Stesen Janakuasa Hidroelektrik TNB Empangan Pergau. - Gambar Bernama
JELI: Polis Kelantan buat julung kalinya mengadakan simulasi ancaman pengganas membabitkan lebih 200 anggota daripada pelbagai agensi di Stesen Jana Kuasa Sultan Ismail Petra di Pergau di sini.
Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata latihan itu membuktikan kerjasama erat antara pasukan Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan kementerian lain bagi memastikan kesiapsiagaan maksimum menghadapi sebarang ancaman ke atas kemudahan kritikal, yang menjana hampir 600 megawatt (MW) tenaga untuk Semenanjung.
Beliau berkata latihan seperti itu bukan sekadar ujian taktikal tetapi manifestasi kesungguhan pasukan keselamatan dalam mempertahankan setiap inci aset strategik negara daripada sebarang ancaman atau sabotaj yang boleh menjejaskan ekonomi, kestabilan dan keselamatan rakyat.
"Pendekatan latihan ini menekankan persediaan di peringkat bawah agar setiap pegawai dan anggota bersedia apabila berlaku ancaman sebenar," katanya selepas menghadiri Majlis Perasmian Penutup Latihan Amal Ancaman Pengganas di stesen berkenaan hari ini.
Simulasi selama tiga hari itu menampilkan ancaman bersenjata, insiden tebusan, letupan buatan sendiri (IED) dan operasi rundingan berprofil tinggi, dengan penglibatan Unit Tiger Platoon, pemusnah bom, cawangan risikan serta perunding krisis.
Sepanjang latihan, Pasukan Tindak Balas Krisis (CRT) di Ibu Pejabat Polis Daerah Jeli diaktifkan bagi mengendalikan sebarang ancaman pengganas mahupun penjenayah.
Beliau berkata latihan itu dilaksanakan mengikut Arahan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) No. 53, yang memperincikan tatacara pengaktifan pasukan tindak balas polis di peringkat daerah menghadapi ancaman keselamatan dalaman berskala terhad.
Mohd Yusoff berkata latihan itu diharap menjadi pemangkin kepada pengukuhan kesiapsiagaan dan perpaduan agensi keselamatan di Kelantan, sekali gus memastikan kemudahan kritikal seperti stesen jana kuasa terus terlindung daripada sebarang ancaman.
-- BERNAMA