awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perhimpunan bertukar ganas ketika protes Iran merebak ke lebih 100 bandar
JPJ perhebat operasi lebih muatan, periksa 1.2 juta kenderaan pada 2025
Anwar hargai layanan ikhlas Erdogan sempena lawatan rasmi ke Turkiye
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis Kelantan bakal guna dron canggih kekang jenayah rentas sempadan

Bernama
Bernama
05/11/2024
04:00 MYT
Polis Kelantan bakal guna dron canggih kekang jenayah rentas sempadan
Kegunaan dron berteknologi canggih itu akan dapat mengatasi jenayah rentas sempadan dari Sungai Golok hingga ke Pengkalan Kubor dalam jarak kira-kira 100 kilometer dengan 27 pos statik, kata Yusoff. - Gambar Bernama
KOTA BHARU: Polis Kelantan akan menggunakan dron berteknologi canggih bagi membantu menangani masalah jenayah rentas sempadan Malaysia-Thailand dalam masa terdekat.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, pihaknya sedang mendapatkan kerjasama daripada Pasukan Gerakan Udara Bukit Aman berhubung perkara ini.
Beliau berkata, kegunaan dron berteknologi canggih ini dapat menangani masalah penyeludupan termasuk dadah, barang kawalan dan barang-barang tidak sah yang keluar masuk dari Kelantan.
"Kegunaan dron berteknologi canggih itu akan dapat mengatasi jenayah rentas sempadan dari Sungai Golok hingga ke Pengkalan Kubor dalam jarak kira-kira 100 kilometer (km) dengan 27 pos statik.
"Apabila ada penyeludupan, dron canggih ini boleh mengesan lebih 50km di laut dan tidak perlu pergi dekat," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kelantan, di sini.
Beliau berkata, kegunaan dron canggih itu juga boleh digunakan semasa menghadapi Monsun Timur Laut, malah pihaknya sudah mengadakan kerjasama dengan negara jiran iaitu Thailand dan Laos.
Sementara itu, bagi mengatasi masalah jenayah rentas sempadan, beliau turut mencadangkan kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nasuruddin Daud agar membina tembok di sepanjang tebing Sungai Golok, Thailand.
"Pembinaan tembok ini ada dua kegunaan iaitu dapat menghalang kes berkaitan jenayah rentas sempadan, malah ia juga boleh mencegah banjir di Sungai Golok," katanya. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Polis Kelantan
#dron
#cegah jenayah
#jenayah rentas sempadan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan