awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis Kelantan lupus dadah bernilai RM89.3 juta

Bernama
Bernama
21/08/2024
08:30 MYT
Polis Kelantan lupus dadah bernilai RM89.3 juta
Muhamad Zaki berkata kesemua barang kes itu telah selesai melalui proses mahkamah dan mendapat arahan untuk dilupuskan.
KOTA BHARU: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melupuskan pelbagai jenis dadah bernilai RM89.3 juta yang dirampas sejak 1997.
Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata kesemua barang kes itu telah selesai melalui proses mahkamah dan mendapat arahan untuk dilupuskan.
Beliau berkata jumlah barang kes yang dilupuskan melibatkan 3,808 kertas siasatan.
Muhamad Zaki berkata dadah terbanyak yang akan dilupuskan ialah jenis syabu bernilai RM87 juta, diikuti pil kuda (RM878,658.15), Diphendramine (RM180,981.60) dan ganja (RM165,079.02).
"Pelupusan barang kes akan dilakukan Syarikat Kualiti Alam Sendirian Berhad esok di Bukit Pelanduk, Port Dickson, Negeri Sembilan," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, hari ini.
Dalam pada itu, beliau berkata Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) menahan 17,694 orang serta merampas pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai RM10.3 juta sepanjang Januari hingga Julai lepas.
"Kita turut menyita aset RM3.7 juta manakala 68 pengedar dadah telah diambil tindakan mengikut Akta Dadah Berbahaya (ADB) Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK) 1985," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Polis Kelantan
#lupus dadah
#cara lupus dadah
#Zaki Harun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan