awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis keluarkan foto fit suspek kes culik bayi lelaki warga British

Arfa Yunus
Arfa Yunus
09/11/2013
09:14 MYT
Polis keluarkan foto fit suspek kes culik bayi lelaki warga British
Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengeluarkan foto fit (gambaran) suspek yang terlibat dalam kes penculikan kanak-kanak British di Bangsar semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, pihak polis kini sedang mengesan suspek yang berusia lingkungan 30-an.
"Pihak polis menolak kemungkinan bahawa motif penculikan adalah untuk mendapatkan wang tebusan kerana ianya tidak masuk akal. Tiada siapa ingin menculik kanak-kanak berusia 20 bulan kerana kanak-kanak pada usia ini susah untuk dikawal," kata Ku Chin Wah.
Ketika disoal pemberita adakah bapa kepada kanak-kanak tersebut turut berada di dalam senarai suspek memandangkan bapa kanak-kanak tersebut kurang diberi perhatian, Ku berkata pihak polis tidak melihat keperluan untuk segera menyoalnya.
Freddie Joseph, kanak-kanak yang diculik dari rumah ibunya di Bangsar semalam telah ditemui di Taman Tasik Titiwangsa hari ini oleh seorang pemandu lori Hamid Md Isa, 57, yang juga pesara Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan seorang pemandu teksi Haris Mohd Nor, 48, yang kebetulan melalui laluan di Taman Tasik Titiwangsa.
Semasa kejadian, mangsa dilarikan seorang suspek lelaki bersama seorang wanita ketika bayi itu bersama ibunya sedang minum petang di halaman rumah mereka.
Topic Berkaitan
#bayi
#culik
#foto fit
#Ku Chin Wah
#PDRM
#suspek
#warga british
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan