awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis kemas kini kertas siasatan kes gaduh pertandingan seni bela diri

Sinar Harian
Sinar Harian
27/02/2025
09:26 MYT
Polis kemas kini kertas siasatan kes gaduh pertandingan seni bela diri
Insiden pergaduhan yang tular di media sosial. -Video tular
SHAH ALAM: Polis sedang mengemas kini kertas siasatan berhubung pergaduhan sekumpulan individu ketika pertandingan seni bela diri di sebuah dewan di sini, sebelum diserahkan semula kepada Timbalan Pendakwa Raya.

Ringkasan AI
  • Polis sedang mengemas kini kertas siasatan berhubung pergaduhan semasa pertandingan seni bela diri sebelum diserahkan semula kepada Timbalan Pendakwa Raya.
  • Pergaduhan tercetus selepas dua peserta tidak berpuas hati dengan keputusan penganjur yang membatalkan penyertaan mereka, menyebabkan provokasi dan pergaduhan besar melibatkan penyokong.
  • Polis telah menahan tiga individu berusia 40 hingga 61 tahun untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 148 dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, sebelum ini, pihaknya telah merujuk kertas siasatan itu kepada Timbalan Pendakwa Raya.
"Ada arahan lanjut... kita sedang mengemas kini kertas siasatan untuk dirujuk semula," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Sebelum ini, media melaporkan keputusan penganjur membatalkan penyertaan dua peserta dalam pertandingan seni bela diri dipercayai mencetuskan pergaduhan di sebuah dewan di Seksyen 19, di sini pada Ahad.
Mohd Iqbal dilaporkan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 2.11 petang daripada wakil penganjur yang mendakwa kira-kira 15 individu terbabit dalam insiden berkenaan.
Dua peserta terbabit dikatakan tidak berpuas hati dengan keputusan penganjur lalu bertengkar dan mencabar satu sama lain untuk berlawan di atas gelanggang.
Tindakan provokasi mereka menyebabkan penyokong turut bertindak agresif sehingga berlaku pergaduhan besar.
Polis telah menahan tiga individu berusia 40 tahun hingga 61 tahun bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 148 dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
Terdahulu, tular video memaparkan pergaduhan beberapa individu selepas dipercayai akibat tidak berpuas hati penyertaan mereka dalam satu pertandingan di sini dibatalkan kerana pihak lawan tidak dapat hadir akibat sakit.
Pergaduhan yang pada awalnya hanya membabitkan dua peserta itu kemudian bertukar lebih ganas apabila penyokong masing-masing masuk campur, mengakibatkan pergelutan serta insiden baling kerusi yang menyebabkan keadaan menjadi tidak terkawal.
Rakaman video berdurasi 41 saat yang tular di media sosial menunjukkan suasana kecoh dengan beberapa individu bergelut di dalam dewan sebelum pergaduhan merebak ke luar. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Facebook
#pergaduhan sekumpulan individu
#pertandingan seni bela diri
#Seksyen 19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan