awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Skuad negara akhiri kempen Piala Asia Futsal dengan kekalahan besar
JDT pesta gol, Faisal Halim selamatkan Selangor
12 pelombong terbunuh dalam serangan dron Rusia di Ukraine
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis kenal pasti dalang utama dadah di Sungai Golok

Bernama
Bernama
06/01/2025
06:00 MYT
Polis kenal pasti dalang utama dadah di Sungai Golok
Mohd Yusoff berkata polis telah mengenal pasti dalang utama pengedaran dadah susulan penahanan seorang rakyat Malaysia di Pekan Sungai Golok pada 30 Disember. -Gambar fail/Bernama
KOTA BHARU: Polis telah mengenal pasti dalang utama pengedaran dadah susulan penahanan seorang rakyat Malaysia di Pekan Sungai Golok, selatan Thailand pada 30 Dis lepas.

Ringkasan AI
  • Polis telah mengenal pasti dalang utama pengedaran dadah susulan penahanan seorang rakyat Malaysia di Pekan Sungai Golok pada 30 Disember.
  • Suspek lelaki berumur 24 tahun dari Kelantan dipercayai memainkan peranan utama dalam sindiket dan mempunyai hubungan rapat dengan seorang wanita warga Laos.
  • Polis merampas 1,943 pil ekstasi, 1,510 pil erimin 5, dan beberapa jenis dadah lain dalam serbuan di Sungai Golok.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata dalang pengedaran bahan terlarang itu yang berasal dari Pulau Pinang kini berada di bawah radar polis.
Beliau berkata suspek lelaki berumur 24 tahun berasal dari Kelantan yang ditahan polis Thailand baru-baru ini dipercayai memainkan peranan utama dalam sindiket berkenaan.
"Suspek itu juga mempunyai hubungan rapat dengan seorang wanita warga Laos dipercayai menjadi rakan subahatnya. Mereka terlibat dalam operasi pengedaran dadah yang dibekalkan dari Thailand," katanya kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan peringkat kontinjen Kelantan, di sini hari ini.
Mohd Yusoff berkata pihaknya masih meneruskan siasatan untuk mengenal pasti rangkaian pengedaran lain yang terlibat.
Semalam, Ketua Polis Daerah Sungai Golok Kol Pol Jadsadavit Ingprapan mengesahkan telah menahan seorang lelaki rakyat Malaysia kerana disyaki mengedar pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai RM120,000 dalam serbuan di sebuah premis di Sungai Golok pada 30 Dis.
Beliau berkata dalam serbuan itu, polis merampas sejumlah 1,943 biji pil ekstasi, pil erimin 5 (1,510 biji) serta beberapa jenis dadah lain yang turut ditemukan di dalam premis terbabit.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sungai Golok
#dalang utama pengedaran dadah
#rakyat Malaysia
#sindiket
#Mohd Yusoff Mamat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan