awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis kenal pasti identiti dua remaja ditemukan mati dalam Alphard

Bernama
Bernama
02/06/2022
15:17 MYT
Polis kenal pasti identiti dua remaja ditemukan mati dalam Alphard
Dua remaja yang dilaporkan hilang oleh keluarga masing-masing ditemukan di dalam sebuah MPV di ruang parkir bawah tanah sebuah kondominium di Bandar Sri Permaisuri, Cheras di sini, Ahad lepas.
KUALA LUMPUR: Polis mengenal pasti identiti dua mayat yang ditemukan di dalam sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Alphard di ruang parkir sebuah kondominium di Cheras, Ahad lepas.
Ketua Polis Daerah Cheras ACP Muhammad Idzam Jaafar berkata mangsa dikenali sebagai Ahmad Danish Hakeem Hanafiah dan Akmalharith Damia Zainul masing-masing berusia 19 tahun.
"Saya sahkan identiti mereka telah dikenal pasti dan polis masih menyiasat kes berkenaan," katanya kepada Bernama hari ini.
Sementara itu, mengulas mengenai bagaimana kenderaan itu boleh berada di kawasan parkir berkenaan walaupun kedua-dua mereka bukan penghuni kondominium terbabit, Muhammad Idzam berkata kawasan parkir itu terbuka kepada awam.
"Mana-mana individu yang datang ke residensi (kondominium) berkenaan boleh meletakkan kenderaan di parkir tersebut tetapi ia lengang dan jarang digunakan walaupun sudah siap dua tahun lepas. Hanya kereta mangsa yang berada di lokasi berkenaan, di sudut hujung berdekatan dinding ketika ia ditemukan.
"Kereta itu dipercayai dipandu oleh seorang daripada remaja itu. Ia berdasarkan rakaman kamera litar tertutup di kawasan parkir terbabit yang merakamkan MPV itu masuk ke lokasi, namun tiada pergerakan keluar masuk melibatkan kedua-dua si mati," katanya.
Dua remaja yang dilaporkan hilang oleh keluarga masing-masing ditemukan di dalam sebuah MPV di ruang parkir bawah tanah sebuah kondominium di Bandar Sri Permaisuri, Cheras di sini, Ahad lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#remaja mati dalam Alphard
#MPV
#kondominium
#Cheras
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan