awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AS bina rizab strategik pertama mineral kritikal - Trump
Hamas sedia serah pentadbiran Gaza kepada Jawatankuasa Kebangsaan
Gambar, video Zara Qairina bersama pelajar A dalam keadaan ceria dipapar di Mahkamah Koroner
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis kenal pasti individu hina Nabi Muhammad SAW

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
19/02/2019
13:08 MYT
Polis kenal pasti individu hina Nabi Muhammad SAW
MUHYIDDIN: Pengguna media sosial perlu mengelak membangkitkan penghinaan dari sudut agama dan raja. - BERNAMA/Fail
Polis sudah mengenal pasti beberapa individu yang terlibat dalam isu menghina Nabi Muhammad SAW dan isteri, Saidatina Aishah di laman media sosial Facebook.
Sehubungan itu, Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia bukan isu kecil dan mengingatkan pengguna media sosial mengelak membangkitkan penghinaan dari sudut agama dan raja.
"Saya sudah dapat laporan daripada Ketua Polis Negara, apabila dapat laporan begitu, pihak polis akan bertindak.
"Orang itu belum lagi dipanggil tetapi sudah dikenal pasti dan siasatan juga sudah dibuat pihak polis," katanya semasa sidang media selepas merasmikan Sambutan Hari Ulang Tahun Jabatan Sukarelawan Malaysia Ke-47 Peringkat Kebangsaan Tahun 2019 di sini, pada Selasa.
Sejak beberapa hari lalu, tular di media sosial mengenai beberapa hantaran yang dimuat naik pemilik akaun Facebook "Foo Sin Wei" yang menghina Rasulullah SAW, sekali gus mengundang kecaman dan kemarahan netizen.
Antara status yang dimuat naik individu terbabit turut menyifatkan Rasulullah SAW memanipulasi kanak-kanak, dengan imej yang kononnya menggambarkan Baginda dan isteri Baginda, Siti Aisyah.
Topic Berkaitan
#Facebook
#Kanak-kanak
#Ketua Polis Negara
#Media
#media sosial
#menteri
#Muhyiddin Yassin
#polis
#siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan