awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perhimpunan GARAH tidak dibenarkan atas faktor keselamatan awam - Polis
Seorang maut akibat virus Nipah di Bangladesh - WHO
Sivasangari mara ke suku akhir Terbuka Windy City
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis kenal pasti pemandu Naza Citra berhenti mengejut

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
18/10/2021
21:15 MYT
Polis kenal pasti pemandu Naza Citra berhenti mengejut
Polis menyiasat tindakan pemandu kereta yang bertindak menekan brek secara mengejut sehingga nyaris menyebabkan ia dirempuh sebuah kereta dari belakang. -Foto tular/Sinar Harian
PETALING JAYA: Polis menyiasat tindakan pemandu kereta yang bertindak menekan brek secara mengejut sehingga nyaris menyebabkan ia dirempuh sebuah kereta dari belakang.
Menurut Ketua Polis Dearah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, kejadian berlaku di persimpangan lampu isyarat Persiaran Perdana Bandar Sri Damansara, Petaling Jaya, pada 11.44 pagi, 11 Oktober lalu.
Katanya, pihak polis mengesan satu video tular di media sosial yang memaparkan sebuah kereta berhenti secara mengejut sehingga hampir menyebabkan kemalangan.
"Siasatan mendapati tiada sebarang kecederaan berlaku kepada kedua-dua belah pihak.
"Polis sudah mengesan kedua-dua pemandu kereta terbabit. Pemandu Naza Citra yang berhenti secara mengejut akan hadir memberi keterangan dalam masa terdekat, manakala pemandu Mini Cooper S sudah berbuat demikian.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 48 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya dalam satu kenyataan, pada Isnin.
Dalam pada itu, Fakhrudin menasihatkan pengguna jalan raya supaya tidak mengambil tindakan di luar batasan undang-undang yang boleh mengundang bahaya kepada diri, keluarga serta orang lain.
Topic Berkaitan
#berhenti secara mengejut
#persimpangan lampu isyarat
#Persiaran Perdana Bandar Sri Damansara
#Naza Citra
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan