awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tidak dapat KM dari PBT, projek ladang babi di Jalong diarah henti serta-merta - Exco
Perhimpunan agung pertama GPS dijadual 19 April
Lagi gempa bumi di Indonesia, berukuran 5.9 magnitud di kepulauan Tanimbar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis kenal pasti punca kejadian pekerja maut terjatuh lubang lif

Sinar Harian
Sinar Harian
30/01/2022
01:35 MYT
Polis kenal pasti punca kejadian pekerja maut terjatuh lubang lif
Mangsa ditemukan dalam keadaan tertiarap di tingkat bawah ruangan lif pusat beli-belah di sini pada Sabtu. -Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Polis mengenal pasti punca kejadian seorang pekerja penyelenggaraan yang ditemui maut selepas terjatuh dari tingkat dua ruangan lif di sebuah pusat beli-belah di Jalan Loke Yew di sini pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, hasil semakan rakaman kamera litar tertutup mendapati mangsa tergelincir ke dalam ruangan lif semasa memijak tong sampah besi yang digunakan sebagai alas pada jam 11.55 pagi, Jumaat.
"Kejadian itu tidak disedari oleh orang lain kerana lif tersebut tidak digunakan dan bukan berada di laluan pengunjung," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Muhammad Idzam berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 11.07 pagi, Sabtu.
"Mangsa berusia 32 tahun ditemukan dalam keadaan tertiarap di tingkat bawah ruangan lif pusat beli-belah berkenaan.
"Anggota Bomba dan Penyelamat mengeluarkan mangsa dan pegawai perubatan Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang hadir di tempat kejadian telah mengesahkan mangsa meninggal dunia," katanya.
Muhammad Idzam berkata kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan siasatan lanjut masih diteruskan.
"Orang ramai mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian ini boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras di talian 013-2165881, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2146 0584 / 585 atau balai polis yang berdekatan," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#ruangan lif pusat beli-belah
#pekerja penyelenggaraan
#Jalan Loke Yew
#Muhammad Idzam Jaafar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan