NATIONAL
Polis kenal pasti suspek kes gaduh di restoran nasi kandar

Polis mengenal pasti beberapa suspek dalam kes pergaduhan dua kumpulan lelaki di restoran nasi kandar di Bangsar. -Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Polis telah mengenal pasti beberapa suspek yang terlibat dalam kes pergaduhan dua kumpulan lelaki di sebuah restoran nasi kandar di Bangsar di sini pada Khamis lalu.
Ringkasan AI
- Polis mengenal pasti beberapa suspek dalam kes pergaduhan dua kumpulan lelaki di restoran nasi kandar di Bangsar.
- Pergaduhan menyebabkan kerugian lebih RM5,000 dan kerosakan pada cermin kaunter makan serta hiasan al-Quran.
- Kes disiasat mengikut Seksyen 148 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan.
Pada Ahad, media melaporkan pergaduhan antara dua kumpulan itu mencetuskan kekecohan hingga menyebabkan kerugian lebih RM5,000.
Ku Mashariman berkata, kejadian pergaduhan kira-kira jam 5.40 pagi itu membabitkan kira-kira lapan hingga 10 lelaki.
Akibat pergaduhan tersebut, cermin kaunter makan dan hiasan al-Quran pada dinding pecah serta beberapa meja makan mengalami kerosakan.
Ku Mashariman berkata, pelanggan pada masa itu juga tidak membayar bil makan sebanyak RM1,000 kerana melarikan diri akibat ketakutan.
Kejadian berpunca akibat seorang wanita daripada salah satu kumpulan diganggu oleh kumpulan lain.
Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan Seksyen 427 akta sama. -Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami