SHAH ALAM: Polis sedang mengesan seorang lelaki Tan Boon Leong bagi membantu siasatan berkaitan kes bunuh di Taman Eng Ann, Klang, pada tujuh tahun lepas.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, ACP S. Vijaya Rao berkata alamat terakhir lelaki itu atau nama panggilannya Ah Loong, 37, adalah di Jalan Serindid 1, Taman Eng Ann.
Beliau berkata saksi berkenaan diminta menghubungi pegawai penyiasat kanan jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara ASP M. Sathiyaseelan di talian 012-5197913.
"Sesiapa yang mempunyai maklumat berkaitan saksi berkenaan boleh menghubungi pegawai penyiasat kanan atau pusat kawalan IPD Klang Utara di talian 03-32912222 atau hubungi balai polis terdekat," katanya dalam kenyataan di sini pada Selasa.
Sementara itu, polis turut menahan seorang pemandu lori yang tular di media sosial baru-baru ini mengacu pisau terhadap pemandu lori lain di Jalan Parang, Bandar Sultan Suleiman, Klang pada tengah malam Selasa.
Vijaya Rao berkata lelaki berusia sekitar 40-an itu ditangkap kira-kira 12.25 tengah malam tadi di sekitar Klang.
"Lelaki itu ditahan susulan laporan polis dibuat seorang pemandu lori berusia 30-an pada 5.15 petang semalam mendakwa lori dipandunya telah dipintas dan ditahan suspek yang memandu sebuah lori lain.
"Suspek dikatakan telah turun dari lorinya dengan membawa sebilah pisau dan terus mengugut mangsa dengan kata-kata 'you tak kenal lagi siapa aku, kau tunggu aku cari kau'.
Siasatan awal mendapati motif kejadian lebih kepada buli jalan raya," katanya.
Beliau berkata berdasarkan semakan rekod mendapati suspek mempunyai satu rekod lampau berkaitan curi motosikal selain ujian air kencing mendapati suspek negatif dadah.
Katanya, suspek kini direman selama tiga hari untuk siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 26 2022

Polis sedang mengesan seorang lelaki Tan Boon Leong bagi membantu siasatan berkaitan kes bunuh di Taman Eng Ann, Klang, pada tujuh tahun lepas. -Gambar fail/PDRM

Jiwa SME | Agar-agar kering laris dalam talian
Muhammad Shohimil Haffiz Salleh, seorang pemuda dari Kampung Undang, Kuala Terengganu, berjaya menghidupkan semula pemanis mulut tradisional agar-agar kering dengan gaya dekorasi yang lebih menarik untuk menarik minat generasi muda. Dengan menggunakan platform media sosial, produknya telah berjaya menembusi pasaran di dalam dan luar negara serta meraih pendapatan melebihi RM100 ribu setahun.

Rekod cemerlang 18 tahun ranking ATP Rafael Nadal lebur
Rafael Nadal terkeluar daripada 10 ranking pemain terbaik dunia buat julung kalinya dalam tempoh hampir 18 tahun.

Digital Serumpun | Malaysia-Indonesia jalin kerjasama strategik
JNJ Management Consultants (JNJ Group) menandatangani Memorandum Kerjasama (MoC) dengan OK OCE dari Indonesia dalam mewujudkan 'Digital Serumpum' pada Isnin. Ia merupakan sebuah platform bagi merancakkan perkembangan industri keusahawanan tempatan melalui jaringan utuh dengan negara jiran tersebut.

Pelakon Hong Kong berusia 72 tahun pindahkan harta pada kekasih muda
Lung Kei, 72, mendedahkan sudah memindahkan nama kesemua tujuh harta yang dimiliki kepada kekasihnya yang berusia 36 tahun, Chris Wong.

Projek tebatan banjir disegerakan untuk kurangkan impak bencana - Anwar
Seramai 1,520 penjawat awam yang mewakili pelbagai kementerian, jabatan dan agensi kerajaan menyertai misi pascabanjir selama dua hari itu.

Esok tengok anak bulan Ramadan
Penyimpan Mohon Besar Raja-Raja akan isytihar tarikh permulaan puasa malam esok.

Diana Danielle bayar sewa rumah, ada hak halang Farid Kamil masuk - Peguam
Peguam Datuk Akberdin Abdul Kadir turut menjelaskan, hubungan Diana dan Farid juga sudah tidak baik.

'Ada hari saya tidak mahu bangun langsung' - Guru ditembak pelajar 6 tahun
Abigail Zwerner turut menghadapi kesukaran menjalani kehidupan seperti biasa terutama selepas terpaksa menjalani beberapa pembedahan.

Perlu sedar duit Tabung Haji, duit pendeposit - TH
Pengarah Eksekutif (Haji) Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata Tabung Haji (TH) memegang amanah 8.8 pendeposit untuk menguruskan RM88 bilion dana yang ada. Oleh yang demikian, adalah tidak wajar sejumlah kos besar disalurkan hanya kepada lebih 30,000 jemaah haji dan mengabaikan aspek agihan keuntungan yang wajar kepada pendeposit lain.

Misi kemanusiaan di Turkiye dan Syria beralih ke fasa pemulihan - Mercy Malaysia
Presiden Mercy Malaysia, Datuk Dr. Ahmad Faizal Mohd Perdaus berkata situasi bencana gempa bumi yang melanda Turkiye dan Syria kini masuk fasa pemulihan. Tumpuan misi kemanusiaan di kawasan terjejas kini tertumpu kepada kesihatan primer, makanan ruji dan tempat berteduh yang lebih kekal.

Dua ejen ah long ugut peniaga didenda RM3,000
Mahkamah kemudiannya menetapkan hukuman denda RM3,000 bagi setiap tertuduh, jika gagal bayar dikenakan lima bulan penjara.

Dua Ah Long mengaku tidak bersalah kurung peminjam
Kedua-dua tertuduh didakwa mengurung mangsa dengan tujuan agar mangsa membayar semula wang pinjaman.

Terdesak bayar hutang 'Ah Long', lelaki bakar mesin ATM untuk curi wang
Suspek warga tempatan berusia 25 tahun bakar mesin ATM sebuah bank di Wangsa Melawati, Kuala Lumpur.

Lima ahli sindiket Ah Long dicekup Polis Johor
Suspek didapati bergiat aktif dalam kegiatan memberi pinjaman wang tanpa lesen dan melakukan ugutan jenayah dan khianat ke atas mangsa-mangsa yang gagal membuat pembayaran.

Simbah cat dan tampal notis ugut peminjam, dua lelaki didenda RM12,300
Dua lelaki didenda RM12,300 setiap seorang atas empat pertuduhan melakukan khianat dan menakutkan secara jenayah.

Polis tahan dua lelaki terlibat sindiket Ah Long Siber
Kedua-dua suspek ditahan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, IPD Kota Setar pada jam 6.30 petang Ahad.

Empat rakan didakwa simbah cat merah, ugut peminjam wang 'ah long'
Mangsa yang terdiri daripada 11 peminjam wang telah diugut, dikurung dan dilakukan perbuatan khianat.

Lima konco ah long termasuk wanita mengandung ditahan
Kesemua suspek yang mempunyai rekod kesalahan lampau dadah kini direman hingga Ahad ini untuk siasatan mengikut Seksyen 29B Akta Pemberi Pinjam Wang 1951.

Warga emas trauma, ah long tersalah simbah cat
Mangsa mendakwa tidak pernah meminjam dengan ceti haram itu dan berasakan dirinya teraniaya dan terpaksa menanggung malu.

Polis tahan empat lelaki dipercayai Ah Long, seludup rokok
Polis turut merampas wang tunai lebih RM86,000 dan 600 karton rokok seludup yang dianggarkan bernilai RM34,200.