awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Apabila lukisan bernyanyi: M Nasir dan Resonans Muzikal dalam Seni Visual di Galeri PETRONAS
4,433 saman dikeluarkan sempena Op Krismas, Op Ambang Tahun Baru - Ketua Polis Johor
Titah Adendum: Jika mahu tahanan di rumah, bawalah ke Parlimen - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis kesan dua lelaki bantu siasatan kes bunuh

Sinar Harian
Sinar Harian
10/06/2021
22:42 MYT
Polis kesan dua lelaki bantu siasatan kes bunuh
Polis giat mengesan dua lelaki yang masih bebas bagi membantu siasatan berhubung kes bunuh seorang lelaki yang mayatnya ditemui terapung di Sungai Kinta pada 26 Mei lalu.
IPOH: Polis giat mengesan dua lelaki yang masih bebas bagi membantu siasatan berhubung kes bunuh seorang lelaki yang mayatnya ditemui terapung di Sungai Kinta pada 26 Mei lalu.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abd Aziz berkata, individu berkenaan adalah Harjit Singh atau dikenali sebagai Kishen, 25, beralamat di Menglembu di sini.
"Seorang lagi adalah M Muralitharan atau nama panggilannya Murali, 23, yang beralamat di Tanjung Rambutan di sini.
"Sesiapa yang mengenali dan mempunyai maklumat berkenaan dua suspek tersebut diminta berhubung dengan Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan Shamrul Harun di talian 019-5000739 atau 05-2451592," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.
A Asmadi berkata, lima lelaki akan didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh pada Jumaat setelah kertas siasatan telah dirujuk ke peringkat pendakwaan.
Katanya, mereka yang berusia 25 hingga 48 tahun akan dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan manakala seorang lagi tangkapan dibebaskan dengan jaminan mahkamah.
Media sebelum ini melaporkan mayat seorang lelaki yang ditemui terapung dalam keadaan mengerikan di Sungai Kinta, di sini dipercayai mangsa bunuh.
Mayat mangsa berusia 40 tahun ditemui orang awam dengan hanya memakai seluar selain keadaan muka dan bahu hingga lengan tangan kiri hancur.
Mangsa pernah dilaporkan diculik sekumpulan lelaki pada 24 Mei lalu sebelum mayatnya ditemui dua hari kemudian.
Artikel asal di Sinar Harian: Polis kesan dua lelaki bantu siasatan kes bunuh
Topic Berkaitan
#mayat terapung
#Sungai Kinta
#Harjit Singh
#Kishen
#M Muralitharan
#Murali
#Shamrul Harun
#Seksyen 302 Kanun Keseksaan
#Mahkamah Majistret
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan