awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Seorang maut akibat virus Nipah di Bangladesh - WHO
Sivasangari mara ke suku akhir Terbuka Windy City
Pentagon tamatkan program latihan dan felo dengan Harvard, kata Hegseth
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis kesan dua lelaki buat aksi tak senonoh dalam surau

Sinar Harian
Sinar Harian
27/10/2022
02:20 MYT
Polis kesan dua lelaki buat aksi tak senonoh dalam surau
Rakaman CCTV yang tular memaparkan perbuatan tidak senonoh dua lelaki di dalam sebuah surau di sekitar Kuala Langat baru-baru ini. -Foto Sinar Harian
KUALA LANGAT: Polis giat mengesan dua lelaki yang melakukan perbuatan tidak senonoh di dalam sebuah surau di daerah ini.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor berkata, satu laporan polis mengenai kejadian itu telah diterima pihaknya kira-kira jam 9.07 malam pada Rabu.
"Berdasarkan laporan yang dibuat oleh bilal berusia 54 tahun itu, dia menyatakan telah melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan dua orang lelaki tempatan telah melakukan aksi tidak senonoh.
"Siasatan sedang dijalankan bagi mengesan pelaku dalam rakaman CCTV terbabit," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 377D Kanun Keseksaan iaitu melakukan perbuatan kelucahan melampau di tempat awam yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh yang boleh sampai dua tahun jika sabit salah.
Tambahnya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai pelaku di dalam kes ini diminta untuk menghubungi Pegawai Penyiasat kes, Inspektor Norhidayah Mohd di talian 017-4055363 atau 03-31872222 bagi membantu siasatan.
Pada Rabu, tular di media sosial satu rakaman CCTV berdurasi satu minit 49 saat tindakan melampau dua lelaki berkelakuan sumbang di dalam sebuah surau.
Berdasarkan rakaman itu, salah seorang daripada lelaki itu dilihat meraba rakan lelakinya dan mencium. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#CCTV
#perbuatan tidak senonoh
#dua lelaki dalam surau
#Kuala Langat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan