MALAYSIA
Polis kesan dua remaja hilang di Puchong
Polis sedang mengesan V Kangadevi (kiri) dan Mohammad Iskandar Zulkarnain Abdullah. - Foto PDRM Serdang
PUCHONG : Polis sedang mengesan dua remaja yang hilang dalam dua kejadian berasingan di Puchong, di sini.
Ringkasan AI
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad berkata, kes pertama melibatkan remaja perempuan berusia 13 tahun dikenali sebagai V Kangadevi.
Beliau memberitahu, mangsa keluar dari rumahnya di Pangsapuri Vista Lavender, Seksyen 3, Taman Kinrara, pada Jumaat.
"Mangsa mempunyai kulit gelap, berambut panjang berwarna hitam serta memiliki ketinggian kira-kira 145 sentimeter (sm)," katanya dalam kenyataan, di sini pada Sabtu.
Muhamad Farid memeberitahu, dalam kejadian berasingan, seorang remaja lelaki berusia 16, Mohammad Iskandar Zulkarnain Abdullah dilaporkan hilang selepas meninggalkan kediamannya di Bandar Puchong Jaya, di sini pada Khamis lalu.
"Remaja itu berkulit cerah, berambut pendek hitam, berbadan kurus serta berketinggian sekitar 162 sm," katanya lagi.
Muhamad Farid berkata, sehingga kini, kedua-dua remaja berkenaan masih belum ditemui dan polis sedang giat menjalankan usaha mengesan mereka.
Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan diminta tampil menghubungi mana-mana balai polis berhampiran dengan segera.
Ringkasan AI
- Polis mengesan seorang remaja perempuan, V Kangadevi (13), yang keluar dari rumah di Pangsapuri Vista Lavender pada Jumaat.
- Mohammad Iskandar Zulkarnain Abdullah (16) dilaporkan hilang selepas meninggalkan kediamannya di Bandar Puchong Jaya pada Khamis.
- Kedua-dua remaja masih belum ditemui; orang ramai diminta menyalurkan maklumat kepada balai polis berhampiran.