SHAH ALAM: Polis sedang mengesan dua suspek lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes langgar lari hingga maut seorang pemuda tempatan di kawasan Ambang Botanik, Klang, kira-kira jam 6 pagi Ahad lalu.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Cha Hoong Fong berkata suspek, S. Sundar, 33, dan S. Philip Anthony, 24, disyaki melanggar mangsa berumur 32 tahun menggunakan kereta jenis BMW, sebelum menyeret mangsa lebih kurang 40 meter sebelum melarikan diri.
Beliau berkata kejadian dipercayai berlaku disebabkan perselisihan faham di antara kedua-dua pihak terbabit di sebuah kafe di Bandar Botanik Klang, sebelum mereka bertindak melanggar mangsa di tempat kejadian.
"Polis dimaklumkan oleh Pegawai Perubatan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang pada jam 2.15 petang berkenaan, seorang lelaki warga tempatan dibawa ke Bahagian Kecemasan hospital dalam keadaan tidak sedarkan diri pada 6.30 pagi, kerana dilanggar oleh kenderaan di kawasan Ambang Botanik, Klang.
"Bagaimanapun hasil pemeriksaan lanjut oleh pegawai perubatan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu Cha berkata hasil pemeriksaan lanjut pada tubuh badan mangsa oleh pegawai perubatan mendapati, punca kematian mangsa adalah disebabkan pendarahan yang banyak akibat luka di sebelah kanan belakang kepala, luka bahagian lengan kiri, ibu jari tangan kanan dan patah tulang rusuk kiri.
Beliau berkata Unit Forensik, Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor menjalankan pemeriksaan di tempat kejadian dan menjumpai beberapa barang yang boleh membantu siasatan.
Susulan daripada itu, Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan membuka kertas siasatan dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan membunuh yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.
"Pihak polis meminta mana-mana pihak yang mempunyai sebarang maklumat atau mengenali suspek untuk menghubungi IPD Klang Selatan di talian 03-33762222 atau Pegawai Penyiasat ASP Mohd Syed Robart Syed Mohd Zain," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 16 2023
Polis sedang mengesan dua suspek lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes langgar lari hingga maut seorang pemuda tempatan di kawasan Ambang Botanik, Klang, kira-kira jam 6 pagi Ahad lalu. - Gambar hiasan/BERNAMA
Kerajaan Pusat peruntuk RM1.59 bilion untuk pembangunan fizikal di Terengganu
Peruntukan tersebut melibatkan 99 projek baharu dan 296 projek sambungan di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).
Pahang rancang wujudkan zon perindustrian di setiap daerah
Kerajaan Pahang rancang wujudkan zon perindustrian di kesemua 11 daerah di negeri ini bagi menggalakkan kemasukan lebih banyak pelaburan asing khususnya dari China.
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
Tiga Syarikat Semikonduktor umum melabur di Pulau Pinang - Kon Yeow
Tiga syarikat semikonduktor dari China menyatakan komitmen untuk membuat pelaburan baharu di Pulau Pinang.
Pindaan garis panduan lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah pada tahun lepas bagi mengukuhkan pembelajaran di luar kelas, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Kebajikan pendidikan anak-anak dijaga sehingga tamat sekolah - KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia akan memastikan kebajikan pendidikan anak-anak 10 pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia yang terkorban dalam nahas helikopter di Lumut, Perak, terus dijaga sehingga mereka tamat persekolahan.
Chegubard ditahan polis berkaitan hantaran mengenai kasino di Forest City
Chegubard ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini berkaitan hantaran mengenai pengoperasian kasino di Forest City pada Sabtu.
Zahid minta pihak dalam BN buka "buku baharu"
Ahmad Zahid menegaskan senario politik tanah air sudah berubah dan terdapat banyak video lama dari parti lawan yang meminta pengundi menyokong DAP.
Malaysia kongsi pengalaman dalam usaha berterusan mempertahan Palestin
Delegasi negara akan berkongsikan peranan Malaysia dalam usaha berterusan mempertahankan nasib Palestin dalam Persidangan Liga Parlimen Al-Quds kelima yang berlangsung di Istanbul, Turki pada Sabtu.
Universiti Malaya mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia
Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Universiti Malaya memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung kenytaaan tidak bertanggungjawab Profesor Dr Bruce Gilley pada 24 April lalu.
Polis kesan dua suspek kes langgar pemuda sampai mati selepas bergaduh
Polis sedang mengesan dua suspek lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes langgar lari hingga maut seorang pemuda tempatan di kawasan Ambang Botanik, Klang, kira-kira jam 6 pagi Ahad lalu.
Pelajar diberkas kes langgar lari
Renuka Ramanadhan, 20 tahun, berada dalam keadaan kritikal selepas dilanggar sebuah kereta pada 1 November lalu jam 10 malam.
Pemandu kes langgar lari pejalan kaki perarakan Thaipusam ditahan
Suspek berusia 25 tahun itu ditahan selepas membuat laporan berhubung kemalangan itu pada jam 7.20 malam.