awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis kesan individu baling molotov cocktail lima kali di Ipoh

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
09/04/2025
04:05 MYT
Polis kesan individu baling molotov cocktail lima kali di Ipoh
Polis Daerah Ipoh sedang giat mengesan suspek dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan khianat dengan api. - Gambar hiasan
IPOH: Polis sedang mengesan individu yang dipercayai membaling bom petrol (molotov cocktail) sebanyak lima kali di sebuah kediaman di Kampung Rapat, di sini.
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, pihaknya menerima lima laporan daripada seorang wanita warga emas berhubung kejadian tersebut antara 26 Mac dan 4 April lalu.
Menurutnya, siasatan awal di lokasi kejadian mendapati, mangsa berusia 62 tahun itu memaklumkan menerima ugutan melalui nota untuk menjelaskan hutang, yang ditinggalkan di hadapan pagar rumah.
“Selain itu, bom petrol turut dibaling ke dalam kawasan rumah itu sebanyak lima kali.
“Pemeriksaan yang dijalankan turut menemui kesan kebakaran pada pagar rumah, kawasan tempat letak kereta, pintu hadapan dan dinding,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
Abang Zainal Abidin berkata, polis sedang giat mengesan suspek dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan khianat dengan api.
Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tersebut diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat kanan, Asisten Superintendan S Dasarathan di talian 012-564 4485.
Topic Berkaitan
#molotov cocktail
#Ipoh
#Abang Zainal Abidin Abang Ahmad
#khianat dengan api
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan