awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Starmer mohon maaf kepada mangsa Epstein, akui percaya "pembohongan" Mandelson
Bandar Jepun batalkan festival sakura susulan tingkah laku pelancong tidak beradab
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina Bernama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis kesan individu buang air mengandungi puntung rokok depan rumah jiran

Sinar Harian
Sinar Harian
08/05/2024
03:30 MYT
Polis kesan individu buang air mengandungi puntung rokok depan rumah jiran
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan tindakan individu membuang air mengandungi puntung rokok di hadapan sebuah rumah dekat apartment Desa Puri, Desa Jaya di sini pada Isnin. - Foto Sinar Harian
GOMBAK: Tindakan seorang individu membuang air yang mengandungi puntung rokok di hadapan sebuah rumah mengundang padah apabila perbuatan terbabit dirakam kamera litar tertutup (CCTV) dalam kejadian dekat apartment Desa Puri, Desa Jaya di sini pada Isnin.
Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superintenden Abang Kaderi Abang Wasli berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian terbabit kira-kira jam 3.14 pagi.
"Laporan dibuat seorang individu berumur 57 tahun berkaitan perbuatan membuang air mengandungi puntung rokok di hadapan rumahnya.
"Siasatan berdasarkan rakaman CCTV mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 1.41 pagi," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Beliau berkata, ketika kejadian individu berkenaan berada di ruang tamu rumahnya sebelum ternampak kesan basah di hadapan rumahnya ketika hendak menutup lampu.
"Dia kemudiannya melakukan semakan CCTV dan mendapati terdapat seseorang yang melakukan perbuatan itu. Bagaimanapun kita mengklasifikasikan kes ini sebagai tiada tindakan lanjut (NFA) sehingga terdapat perkembangan lain.
"Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat berkaitan kejadian boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Sarjan Mohd Hady Ismadi Mamat di talian 012-4628994 atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak di talian 03-61262222," katanya.
Pada Selasa, tular video memaparkan tindakan seorang individu membuang cecair mengandungi puntung rokok di hadapan sebuah rumah di sini.
Kejadian yang dirakam menerusi CCTV itu dimuat naik menerusi media sosial serta menerima kecaman dari orang ramai yang rata-ratanya mahu tindakan segera diambil terhadap pelaku terlibat. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#buang air
#puntung rokok
#CCTV
#video tular
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan