awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Apabila lukisan bernyanyi: M Nasir dan Resonans Muzikal dalam Seni Visual di Galeri PETRONAS
4,433 saman dikeluarkan sempena Op Krismas, Op Ambang Tahun Baru - Ketua Polis Johor
Titah Adendum: Jika mahu tahanan di rumah, bawalah ke Parlimen - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis kesan individu terbangkan dron di istana Johor

Bernama
Bernama
18/05/2023
10:02 MYT
Polis kesan individu terbangkan dron di istana Johor
Kamarul Zaman berkata, ada beberapa percubaan dron diterbangkan dan pihak polis sedang mengesan mereka selepas menerima laporan. - Gambar fail
JOHOR BAHRU: Polis Johor sedang mengesan individu atau pihak tertentu yang menerbangkan dron di sekitar kawasan istana di negeri ini dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang, 10 Mei lepas.
Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata menerbangkan dron di kawasan larangan tanpa kebenaran seperti di istana dan lapangan terbang menjadi satu kesalahan mengikut Seksyen 7 Akta Kawasan Larangan 1959.
"Ada beberapa percubaan dron diterbangkan dan pihak polis sedang mengesan mereka selepas menerima laporan kejadian itu pada minggu lepas. Polis Johor telah memanggil Unit Dron Bukit Aman dengan segera untuk membuat pemantauan.
"Dron itu dipercayai lalu terbang di atas Istana Johor dan ini memang salah kerana memasuki kawasan larangan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di Dewan Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil, IPK Johor di sini hari ini.
Beliau turut menasihati orang ramai supaya mematuhi peraturan yang telah digariskan dalam penggunaan dron termasuk tidak menerbangkan peralatan itu melebihi 500 meter atau lebih tinggi daripada itu.
Ditanya mengenai kenyataan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay yang mendedahkan ada Ketua Polis Daerah (KPD) tidak berpuas hati apabila Bukit Aman menyerbu premis judi dalam talian, Kamarul Zaman berkata perkara itu tidak berlaku di Johor.
Menurut beliau, 13 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di negeri ini sentiasa memantau dan mengambil tindakan terhadap aktiviti perjudian termasuk dalam talian, selain pihaknya setiap hari turut menjalankan operasi dan mengambil tindakan tegas terhadap kes itu.
Tambah beliau, berdasarkan jumlah statistik operasi perjudian dalam talian yang dilaksanakan, polis Johor adalah yang tertinggi antara semua kontinjen pada tahun ini dan beberapa tahun kebelakangan ini.
"Tindakan tegas diambil setiap hari oleh KPD dan saya di IPK pun memantau tindakan yang dilakukan oleh semua pegawai dan anggota terutamanya Bahagian Siasatan Jenayah di daerah supaya diambil tindakan tegas," katanya.
Pada Isnin lepas, Ayob Khan dilaporkan berkata KPD di seluruh negara diingatkan agar jangan menjadikan "Surat Aku Janji" tiada sebarang aktiviti judi di daerah pentadbiran masing-masing sebagai "kertas tisu".
Ayob Khan dipetik berkata hal ini kerana beliau menerima maklumat bahawa ada dalam kalangan KPD kontinjen Kuala Lumpur tidak berpuas hati apabila diminta untuk menghantar Task Force D7 JSJ Bukit Aman untuk mengambil tindakan ke atas premis judi dalam talian.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#dron
#Istana Johor
#polis
#kawasan larangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan