awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
Semua tiket bas ekspres di TBS wajib ada kod QR, tidak perlu lagi tukar, cetak
Iran sedia untuk diplomasi, namun ada prinsip sendiri - Araghchi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis kesan keluarga panjat palang besi lari dari kawasan PKPD

Mohd Zalani Md Atan
Mohd Zalani Md Atan
20/07/2021
10:12 MYT
Polis kesan keluarga panjat palang besi lari dari kawasan PKPD
Pada petang Isnin, tular satu rakaman video berdurasi 32 saat memaparkan satu keluarga melarikan diri dengan memanjat palang besi di kawasan ini. - Gambar/ Astro AWANI
KUANTAN: Polis sedang mengesan keluarga yang dipercayai melarikan diri dengan memanjat palang besi di sebuah kawasan perumahan di Sungai Isap di sini, yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, pihaknya dalam proses mengenal pasti identiti keluarga itu selepas rakaman video perbuatan mereka tular di media sosial.
"Pihak kita menjalankan siasatan bagi mengenal pasti identiti individu yang didapati keluar tanpa kebenaran itu. Kita juga meminta perakam video tersebut tampil bagi membantu siasatan
"Siasatan ini dijalankan dibawah Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia (SKMM)," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengadakan lawatan dan pemeriksaan di kawasan PKPD Sungai Isap pada Selasa.
Pada petang Isnin, tular satu rakaman video berdurasi 32 saat memaparkan satu keluarga melarikan diri dengan memanjat palang besi di kawasan itu.
Lolos PKPD | Polis buru satu keluarga
Perakam video itu mendakwa, ada individu menunggu dalam kenderaan yang diletakkan di jalan besar berhampiran kawasan perumahan tersebut.
Mengulas lanjut mengenai kejadian itu, Mohamad Noor berkata, terdapat sebahagian kawasan tidak dipasang kawat duri kerana mempunyai tembok pagar dan longkang.
Bagaimanapun katanya, polis akan memperketatkan pematuhan dan kawalan di semua kawasan PKPD bagi mengelak kejadian sama berulang.
Sebanyak 13 lokaliti dikenakan PKPD di daerah Kuantan ketika ini iaitu Tanjung Lumpur, Peramu, Anak Air, Sungai Derhaka, Kempadang, Sungai Soi, Kampung Pahang, Taman Seri Inderapura, Taman Indera Sempurna, Taman Tas dan Pandan, Sungai Isap, Lorong Seri Teruntum serta Taman Impianku.
Topic Berkaitan
#Kuantan
#PKPD
#keluarga
#melarikan diri
#identiti
#viral
#Tular
#Sungai Isap
#perumahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan