Polis kesan kenderaan langgar lari pejalan kaki

Polis berkata kemalangan berlaku pada 7.35 malam semasa mangsa melintas dari arah Taman Belibis menuju Simpang Ampat. - Gambar fail/hiasan
NIBONG TEBAL: Polis sedang mengesan pemandu kenderaan yang melanggar seorang wanita melintas dalam kejadian langgar lari di jalan besar di Simpang Ampat di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan Supt Jay January Siowou berkata kemalangan berlaku pada 7.35 malam semasa mangsa melintas dari arah Taman Belibis menuju Simpang Ampat.
"Wanita itu mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
"Mayat dihantar ke Hospital Sungai Bakap dan polis sedang mengenal pasti identiti mangsa," katanya dalam kenyataan hari ini.Beliau berkata polis juga melakukan semakan kamera litar tertutup di lokasi kejadian untuk mengesan kenderaan terlibat.
Orang ramai mempunyai maklumat kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat Insp Al Bukhari Ishak menerusi talian 013-5822 366 atau ke balai polis berdekatan untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami