MALAYSIA
Polis kesan kumpulan merusuh cederakan tiga lelaki di Selayang Jaya
Noor Ariffin berkata kumpulan suspek dipercayai menyerang kumpulan mangsa menggunakan senjata, manakala motif kejadian masih belum dapat dikenal pasti. - Gambar fail/Facebook Polis Daerah Gombak
KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan sekumpulan individu yang disyaki terlibat dalam kejadian merusuh dan menyerang tiga lelaki menggunakan senjata di Selayang Jaya, Batu Caves, dekat sini tengah malam tadi.
Ringkasan AI
Ketua Polis Daerah Gombak ACP Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada 12.20 tengah malam sebelum siasatan mendapati pergaduhan berlaku kira-kira 10 minit sebelumnya.
Beliau berkata kejadian dipercayai membabitkan dua kumpulan lelaki tempatan yang identiti mereka masih belum dikenal pasti.
"Tiga mangsa merupakan lelaki tempatan berumur lingkungan 18 hingga 36 tahun. Mereka mengalami kecederaan dan telah dibawa ke Hospital Selayang untuk rawatan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Noor Ariffin berkata kumpulan suspek dipercayai menyerang kumpulan mangsa menggunakan senjata, manakala motif kejadian masih belum dapat dikenal pasti.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan Seksyen 148 Kanun Keseksaan.
"Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta tampil membantu siasatan dan menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Mohammad Shafiq Md Shapawi melalui talian 013-5154065 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, 03-61262222," katanya.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Polis Gombak kesan kumpulan individu yang serang tiga lelaki dengan senjata di Selayang Jaya.
- Kejadian pergaduhan melibatkan dua kumpulan lelaki tempatan, motivasi serangan masih tidak jelas.
- Mangsa cedera dan dirawat di Hospital Selayang; orang awam diminta berikan maklumat berkaitan insiden kepada pihak berkuasa.