[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
NATIONAL

Polis kesan lelaki 46 tahun dilaporkan hilang di Kelana Jaya

Astro Awani 18/03/2025 | 22:10 MYT
Menurut polis, kali terakhir mangsa dilihat adalah pada 11 Mac sekitar jam 11.30 malam. - Foto PDRM
PETALING JAYA: Polis sedang mengesan seorang lelaki berusia 46 tahun yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Petaling Jaya pada 11 Mac lalu.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar dalam satu kenyataan berkata laporan mengenai kehilangan lelaki bernama Chia Lee Tuang itu diterima oleh Balai Polis Kelana Jaya pada jam 12.28 tengah malam, 18 Mac.
Menurut polis, kali terakhir mangsa dilihat adalah pada 11 Mac sekitar jam 11.30 malam.
Mangsa memiliki ketinggian 170 sentimeter dengan berat 60 kilogram, berkulit putih serta berhidung mancung.
Ketika kali terakhir dilihat, mangsa memakai baju lengan pendek berwarna kelabu gelap dan seluar pendek berwarna coklat cerah.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai mangsa diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat, ASP Mazli Jusoh @ Che Kob, di talian 011-61363848 atau 03-78062222 bagi membantu siasatan.
#lelaki hilang #Chia Lee Tuang #Shahrulnizam Ja afar #kesan