awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis kesan lelaki aniaya kucing, buka kertas siasatan

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
01/10/2023
10:15 MYT
Polis kesan lelaki aniaya kucing, buka kertas siasatan
Kejadian dipercayai berlaku di hadapan sebuah kedai serbaneka di Taman Rakyat di Alor Setar. - Gambar/ Media sosial
ALOR SETAR: Polis mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan penganiayaan seekor kucing liar seperti yang tular di media sosial sejak beberapa hari lalu.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Setar, Superintenden Syed Basri Syed Ali berkata, polis menerima laporan daripada orang awam berhubung kejadian terbabit pada jam 10.56 pagi pada Jumaat.
Katanya, kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 11.30 malam Khamis apabila orang awam melihat seekor kucing liar sedang menggelupur dan mulutnya berlumuran darah dipercayai dianiayai suspek.
"Pada Sabtu juga kita mengesan satu video yang dimuat naik oleh pemilik akaun X yang dikenali sebagai Neoticc/Emil memaparkan kejadian penganiayaan terbabit," katanya dalam kenyataan di sini pada Ahad.
Ujarnya, susulan itu satu kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 29(1) (a) Akta Kebajikan Haiwan 2015 yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang RM20,000 dan tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
"Polis juga menyeru kepada orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian terbabit agar terus berhubung dengan Pegawai Penyiasat Inspektor Mohd Khairolamin Khalid di talian 019-2585884.
"Orang ramai dinasihati agar tidak membuat sebarang spekulasi dan berhati-hati dalam penggunaan media sosial agar tidak mendatangkan kegusaran kepada masyarakat," katanya.
Sementara itu, menerusi video yang dimuat naik di aplikasi X, kejadian dipercayai berlaku di hadapan sebuah kedai serbaneka di Taman Rakyat di sini.
Topic Berkaitan
#kucing liar
#aniaya kucing
#Tular
#Polis siasat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan