NATIONAL
Polis kesan lelaki bawa anjing ke restoran halal di Segamat

Kejadian berlaku pada 11 Mei lalu di sebuah restoran nasi kandar, dan pekerja premis telah membuat laporan polis serta membuang kerusi yang digunakan lelaki tersebut. -Facebook
SEGAMAT: Seorang lelaki yang membawa seekor anjing peliharaan ke dalam sebuah premis makanan halal 24 jam di Segamat Baru di sini sedang dikesan polis selepas perbuatan itu tular di media sosial.
Ringkasan AI
- Polis sedang mengesan seorang lelaki yang membawa anjing peliharaannya ke dalam sebuah restoran makanan halal 24 jam di Segamat Baru, selepas video insiden itu tular di media sosial.
- Kejadian berlaku pada 11 Mei lalu di sebuah restoran nasi kandar, dan pekerja premis telah membuat laporan polis serta membuang kerusi yang digunakan lelaki tersebut.
- Siasatan sedang dijalankan dengan kerjasama Majlis Perbandaran Segamat di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1970, dan orang ramai diminta menyalurkan maklumat kepada IPD Segamat.
“Pekerja premis telah tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat untuk memberi keterangan dan memaklumkan peralatan kerusi digunakan individu terbabit telah dibuang selepas dimaklumkan kepada majikan,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Sebelum ini, tular satu rakaman video berdurasi 45 saat yang memaparkan seorang pemuda meletakkan anjing di bangku restoran berkenaan.
Susulan tindakan tersebut, pekerja premis tampil membuat laporan polis.
Menurut Ahmad Zamry, siasatan lanjut sedang dijalankan dengan kerjasama Majlis Perbandaran Segamat (MPS) mengikut peruntukan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1970.
Sehubungan itu, polis mengalu-alukan kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian untuk menyalurkannya kepada balai polis berdekatan atau menghubungi IPD Segamat di talian 07-9324222. -Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami