NATIONAL
Polis kesan lelaki curi pakaian dalam wanita
Tangkap layar video tular memaparkan gelagat seorang lelaki mencuri pakaian dalam wanita dari balkoni sebuah rumah. - Gambar/ Media sosial
GEORGE TOWN: Polis sedang mengesan seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam kejadian mencuri pakaian dalam wanita yang diisidai di balkoni sebuah pangsapuri berhampiran Jalan Dr. Wu Lien Teh di sini, Jumaat lepas.
Ringkasan AI
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Abdul Rozak Muhammad berkata pihaknya menerima laporan polis berhubung kejadian itu daripada pemilik rumah, iaitu seorang lelaki tempatan berusia 64 tahun pada 10 pagi dan insiden berlaku pada 4.24 pagi hari yang sama.
"Pihak polis mengesan satu rakaman video tular dimuat naik di media sosial hari ini dan mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.
"Siasatan lanjut sedang dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Baru-baru ini tular di media sosial satu video berdurasi 34 saat memaparkan gelagat seorang lelaki mencuri pakaian dalam wanita dari balkoni sebuah rumah sehingga menerima kritikan netizen.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Polis sedang mengesan seorang lelaki yang disyaki mencuri pakaian dalam wanita dari balkoni sebuah pangsapuri di Jalan Dr. Wu Lien Teh, Pulau Pinang, pada awal pagi Jumaat lalu.
- Kejadian itu dilaporkan oleh seorang lelaki tempatan berusia 64 tahun, dan rakaman video berdurasi 34 saat yang memaparkan insiden tersebut telah tular di media sosial.
- Kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri, dan siasatan lanjut sedang dijalankan oleh pihak polis.