[TERKINI] SPRM Tahan Bekas Ketua Setiausaha Politik Kanan PM – Ikuti Perkembangan di Sini!
MALAYSIA

Polis kesan lelaki dilaporkan hilang sejak 11 Nov

Bernama 28/11/2025 | 03:30 MYT
Wong Chee Fung Alvis, 20 tahun, dilaporkan hilang sejak 11 Nov lalu, memiliki fizikal badan yang kurus. - Foto Polis Ipoh
IPOH: Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang lelaki di Ipoh yang dilaporkan hilang sejak 11 Nov lepas.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata Wong Chee Fung Alvis yang berusia 20 tahun memiliki fizikal badan yang kurus dan beralamat di No. 121, Jalan Bercham, Taman Sri Kurau dekat sini.

"Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada pegawai penyiasat kes, Inspektor Nitia Ruban David melalui talian 016-4898618," katanya dalam kenyataan hari ini.

Abang Zainal Abidin berkata orang ramai juga boleh menyalurkan maklumat kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh, 05-2451500.

-- BERNAMA

#orang hilang #Ipoh #Abang Zainal Abidin Abang Ahmad #Wong Chee Fung Alvis