awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pembaikan cerun di Jalan Lojing-Gua Musang dijangka bermula Mac - Nanta
Dua anggota penguat kuasa MBPP cedera belon dirampas meletup
EU kecam pelanggaran gencatan senjata berulang kali oleh Israel di Gaza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis kesan lelaki OKU hilang di Ampang

Bernama
Bernama
04/08/2025
12:15 MYT
Polis kesan lelaki OKU hilang di Ampang
Mohd Azam berkata mangsa disahkan sebagai OKU mental sejak 2022 dan kali terakhir dilihat memakai kemeja-T berkolar bulat bercorak hitam dan merah, seluar jean gelap serta kasut sukan selain membawa beg galas berwarna hitam. - Gambar PDRM
KUALA LUMPUR: Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) berusia 43 tahun yang dilaporkan hilang pada 1 Ogos lepas.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohd Azam Ismail berkata pihaknya menerima laporan mengenai kehilangan mangsa, Norhafsham Nazri, 43, daripada bapanya pada 2 Ogos kira-kira 1.04 tengah hari.
"Pengadu memaklumkan bahawa dia telah menghantar anaknya untuk berehat di Kampung Warisan, Taman Melawati pada 1 Ogos kira-kira 2.30 petang, namun pada 9.30 malam hari yang sama, anaknya tidak pulang ke rumah dan pencarian di lokasi terbabit gagal menemukan mangsa," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Azam berkata mangsa disahkan sebagai OKU mental sejak 2022 dan kali terakhir dilihat memakai kemeja-T berkolar bulat bercorak hitam dan merah, seluar jean gelap serta kasut sukan selain membawa beg galas berwarna hitam.
Hasil pencarian awal dilakukan pada 2 Ogos menemukan sebuah beg galas yang dipercayai milik mangsa di laluan menuju ke Bukit Tabur, Taman Melawati dan operasi pencarian yang kini memasuki hari keempat ditumpukan di sekitar laluan Bukit Tabur dan kawasan Hulu Sungai Klang.
Antara pihak terlibat dalam operasi itu ialah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 4 Hulu Langat, Unit Anjing Pengesan (K9) JBPM, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), pasukan sukarelawan serta penduduk kampung dan Malim Gunung daripada Jabatan Perhutanan Selangor.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kehilangan terbabit diminta menyalurkan maklumat di Balai Polis Taman Melawati, dan mana-mana individu atau pihak yang ingin membantu SAR juga diminta melapor diri di pos kawalan polis berhampiran," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#anjing pengesan K9
#JBPM
#OKU
#beg galas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan