MALAYSIA
Polis kesan nombor telefon ugut isteri Rafizi, didaftar atas nama warga asing
Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, pihaknya sedang mengesan individu berkenaan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Polis telah mengenal pasti nombor telefon individu yang menghantar mesej ugutan kepada isteri bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli, yang didaftarkan atas nama warga asing.
Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, pihaknya sedang mengesan individu berkenaan.
"Nombor telefon itu didaftarkan atas nama warga asing, kita masih mengesan individu tersebut," katanya pada sidang akhbar di Bukit Aman pada Jumaat.
Mohd Khalid berkata, setakat ini, pihaknya merakam keterangan seramai 19 individu bagi membantu siasatan berkaitan kes anak lelaki Rafizi diserang di sebuah pusat beli-belah Putrajaya pada 13 Ogos lalu.
"Kita telah merakam keterangan keluarga Rafizi, pemandu dan pekerja serta saksi lain bagi membantu siasatan," katanya.
Beliau berkata, pihaknya telah mengambil dan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian.
"Kita juga sedang mengenal pasti beberapa sudut siasatan berkaitan kes berkenaan," katanya.
Menurutnya, polis masih menunggu laporan kimia daripada hospital berkaitan cecair yang disuntik kepada anak Rafizi.
"Kanak-kanak tersebut dalam keadaan baik dan doktor masih menjalankan pemantauan," katanya.
Pada 13 Ogos lalu, Sinar Harian melaporkan dalam kejadian pada jam 2 petang itu, anak Ahli Parlimen Pandan berusia 12 tahun itu, difahamkan tidak mengalami sebarang kecederaan fizikal.
Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar dilaporkan berkata, kejadian berlaku di tempat menurunkan dan mengambil penumpang di pusat beli-belah berkenaan.
Sementara itu, Rafizi dalam kenyataan memaklumkan anaknya diserang dengan cara diheret dan disuntik dengan jarum suntikan di pusat beli-belah tersebut.
Rafizi berkata, kejadian berlaku ketika beliau, isteri dan anaknya mahu memasuki kereta untuk meninggalkan pusat membeli belah berkenaan.
Menurutnya, serangan tersebut melibatkan dua orang lelaki yang berpakaian hitam sepenuhnya dan bertopi keledar yang menutup muka keseluruhannya. - Sinar Harian