awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis kesan pemandu biar budak keluar kepala di 'sunroof'

Sinar Harian
Sinar Harian
21/11/2023
04:00 MYT
Polis kesan pemandu biar budak keluar kepala di 'sunroof'
Polis telah mengesan satu video tular berdurasi satu minit tujuh saat yang dimuat naik di laman Twitter. - Gambar/ Sinar Harian
JOHOR BAHRU: Polis telah mengesan pemilik kenderaan yang bersikap cuai dengan membenarkan seorang kanak-kanak mengeluarkan kepalanya melalui 'sunroof' kenderaan yang sedang bergerak.
Menurut Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd Sohami Ishak, telah mengesan satu video tular berdurasi satu minit tujuh saat yang dimuat naik di laman Twitter.
“Hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada 17 November 2023 lalu sekitar 9.30 malam, di kawasan sekitar Seri Alam.
“Pemandu kenderaan tersebut bersikap cuai terhadap keselamatan kanak-kanak itu dengan membiarkannya mengeluarkan kepala melalui 'sunroof' kenderaan tersebut.
“Pihak polis telah mengesan pemilik kenderaan tersebut untuk diambil tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan jika disabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM20,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya.
Orang ramai turut dinasihatkan agar tidak melakukan sebarang perbuatan yang boleh membahayakan nyawa atau keselamatan diri sendiri dan orang lain. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#video tular
#sunroof
#Kanak-kanak
#Johor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan