awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sukan SEA 2027: PKBM rancang program trek dengan negara Asia Tenggara
Pemimpin dunia kutuk sekeras-kerasnya serangan bom di masjid Islamabad
Johor bakal kaji semula potensi penggunaan air bawah tanah untuk pusat data - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis kesan pemandu Persona tular

Sinar Harian
Sinar Harian
13/02/2022
22:17 MYT
Polis kesan pemandu Persona tular
Siasatan segera akan dijalankan berhubung kejadian sebuah kereta yang didakwa dipandu dalam keadaan melulu di Jalan Tun Razak pada Ahad. - Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Siasatan segera akan dijalankan berhubung kejadian sebuah kereta yang didakwa dipandu dalam keadaan melulu di Jalan Tun Razak pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, siasatan dilakukan ke atas individu terbabit selepas kejadian itu tular.
"Polis mengesan satu video kejadian perselisihan faham antara dua pemandu kereta yang dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Menurutnya, orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan.
"Maklumat boleh disalurkan kepada IPD Dang Wangi di talian 03-26002222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999," katanya.
Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya tidak melakukan tindakan yang menyalahi peruntukan undang-undang.
Pada Ahad, tular video berdurasi tiga minit memaparkan tindakan pemandu sebuah kereta jenis Proton Persona bertindak memandu melulu dipercayai berlaku di Jalan Tun Razak.
Artikel asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Persona tular
#pandu melulu
#Jalan Tun Razak
#Polis Daerah Dang Wangi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan