awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis kesan saksi kes cederakan isteri sehingga parah

Bernama
Bernama
18/05/2021
20:20 MYT
Polis kesan saksi kes cederakan isteri sehingga parah
Rosmaini dikehendaki polis bagi membantu siasatan berhubung kejadian mencederakan isteri sehingga parah. - Facebook Polis Daerah Johor Bahru Selatan
JOHOR BAHRU: Polis sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kejadian mencederakan isteri sehingga parah seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Mohd Padzli Mohd Zain berkata individu berkenaan Rosmaini Abd Raof, 38, beralamat di A 102 Perumahan Polis, Taman Derga Jaya, Alor Setar, Kedah dan bekerja sebagai peniaga.
"Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan sedang mengesan seorang saksi bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan," menurutnya dalam kenyataan malam tadi.
Mohd Padzli berkata orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi terus talian hotline IPD Johor Bahru Selatan di talian 07-2182 323 atau Pegawai Penyiasat Inspektor Salaihudin Azual Razali 013-7290 763.
Pada Isnin, akhbar berbahasa Melayu melaporkan seorang penjawat awam berumur 43 tahun yang bertugas di sebuah jabatan kerajaan di negeri Johor dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini selepas dipercayai dicederakan suaminya, 4 Mei lepas.
Menurut laporan itu, mangsa yang sedang hamil empat minggu mengalami kecederaan parah pada kepala dan tengkoraknya terpaksa dibuang akibat pendarahan selain rahang, tulang belakang serta rusuk retak disyaki dipukul suaminya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mangsa
#media sosial
#peniaga
#penjawat awam
#siasatan
#polis
#cedera isteri
#parah
#Johor Bahru
#Mohd Padzli Mohd Zain
#Hospital Sultanah Aminah
#hamil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan