Skip to main content

Malaysia

Polis kesan sekumpulan individu tular dipercayai curi kabel di Ipoh

Sumber: BERNAMA
Polis sedang mengesan sekumpulan individu yang tular di laman sosial dipercayai mencuri kabel di Jalan Raja Musa Aziz, Ipoh.

IPOH: Polis sedang mengesan sekumpulan individu yang tular di laman sosial dipercayai mencuri kabel di Jalan Raja Musa Aziz, di sini.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Muhammad Najib Hamzah berkata video tersebut, dimuat naik oleh akaun Faiz menerusi nama pengguna @faiz.sosialaktivis di aplikasi TikTok.

Advertisement

Beliau berkata, polis mengesahkan satu laporan telah diterima dan kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan serta Seksyen 235 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Siasatan sedang dijalankan termasuk usaha mengesan suspek, mendapatkan rakaman CCTV (kamera litar tertutup) serta mengenal pasti kenderaan terlibat. Polis memandang serius kejadian ini kerana boleh menjejaskan harta benda, perkhidmatan telekomunikasi dan keselamatan awam,” katanya dalam kenyataan.

Justeru, beliau berkata orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian itu diminta menyalurkannya kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh menerusi talian 05-2451500 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video