ALOR SETAR: Polis menahan 19 individu kerana dipercayai terbabit menggunakan Darjah Kebesaran Setia Diraja Kedah (DSDK) sebelum mendapat kurniaan daripada Sultan Kedah.
Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, pihaknya menerima aduan itu pada 5 Oktober lalu dari Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah berikutan kes berkenaan.
Beliau berkata, bertindak atas laporan itu, pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah melakukan operasi menahan semua individu berdasarkan maklumat yang diperolehi.
"Kesemua 19 individu itu terdiri daripada lelaki dan wanita tempatan berusia antara 30 hingga 63 tahun yang mempunyai pelbagai latar belakang yang berbeza.
"Tangkapan dilakukan berasingan di beberapa lokasi di sekitar negeri ini dan beberapa negeri lain di Semenanjung Malaysia sejak 7 November sehingga semalam," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kamarul Zaman berkata, daripada tangkapan ini membawa rampasan beberapa barangan termasuk aksesori dan dokumen serta peralatan berkaitan yang digunakan oleh sindiket untuk menjalankan aktiviti ini.
Beliau berkata, turut dirampas, kad keahlian Jemaah Dato Negeri Kedah yang palsu, jata negeri dan beberapa barangan yang berkaitan dengan darjah kebesaran itu.
"Hasil siasatan mendapati, sindiket ini mula aktif sejak tahun 2015 dengan menggunakan modus operandi iaitu mendekati individu yang dikenal pasti sebagai golongan elit dan ahli perniagaan serta menawarkan gelaran darjah kebesaran negeri Kedah dengan meminta sejumlah bayaran antara RM25,000 hingga RM103,000.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 13 Akta Kesalahan Yang Berhubung dengan Anugerah 2017 (Akta 787) dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).
"Kes sudah dirujuk kepada Pejabat Pengarah Pendakwaan Negeri dan dipersetujui untuk menjalankan pertuduhan mengikut Seksyen 13 Akta Kesalahan Yang Berhubung Dengan Anugerah 2017 (Akta 787)," katanya.
Hukuman yang diperuntukan mengikut Seksyen 13 Akta Kesalahan Yang Berhubung Dengan Anugerah 2017 (Akta 787) adalah apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 20 tahun.
Bagi Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) penjara tidak lebih satu tahun.
Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah menjadi mangsa kepada sindiket seperti ini dan jika sesiapa yang menerima anugerah secara tidak diiktiraf boleh menyemak melalui Kerajaan Negeri Kedah melalui saluran rasmi yang ditetapkan.
Adie Sufian Zulkefli
Thu Nov 18 2021
Antara aksesori yang dirampas polis yang digunakan oleh sindiket untuk menjalankan aktiviti penjualan dan penggunaan Darjah Kebesaran Setia Diraja Kedah (DSDK) yang tidak diiktiraf. - FOTO ihsan PDRM
Microsoft uji VASA, watak AI untuk panggilan video bebas kamera web
Microsoft Research memperlihatkan VASA iaitu sistem AI yang boleh menjana wajah manusia yang hiper-realistik berserta dengan emosi pada wajah.
Malaysia, Thailand tingkatkan kerjasama perangi jenayah rentas sempadan
Kerjasama itu telah dibincangkan ketika mesyuarat dua hala beliau dengan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri Thailand Anutin Charnvirakul pada Khamis.
YouTube uji ciri 'tanya AI' untuk rumuskan video
Apabila butang Ask ditekan, beberapa dialog diberikan oleh chatbot dengan gambar profil seakan ikon Gemini.
Usaha cari bakat baharu golongan Orang Asli, luar bandar perlu dipergiat - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan tidak sesekali akan meminggirkan kanak-kanak Orang Asli dan luar bandar dalam menyediakan peluang dan akses untuk bersukan.
Lelaki bakar diri di luar mahkamah perbicaraan Trump meninggal dunia
Maxwell Azzarello didakwa menuang cecair mudah terbakar pada tubuhnya sebelum melemparkan risalah teori konspirasi ke udara.
PKR Sabah minta PM tumpu ikhtiar noktah kemiskinan tegar, isu dokumentasi
Tumpuan kepada ikhtiar menoktahkan kemiskinan tegar dan isu dokumentasi rakyat antara tiga cadangan khusus diutarakan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah kepada Perdana Menteri.
Harga jualan maksimum benih padi sah program IBPS RM54, RM58
Harga jualan maksimum benih padi sah CL220 bagi program Insentif Benih Padi Sah (IBPS) ditetapkan pada kadar RM54 di peringkat pemborong dan RM58 di peringkat peruncit berkuat kuasa 15 April.
PN masih menunggu butiran memorandum mengenai peruntukan
Perikatan Nasional masih menunggu butiran memorandum persefahaman yang akan dikemukakan oleh Kerajaan Perpaduan selepas pertemuan antara kerajaan dan wakil Ahli Parlimen pembangkang baru baru ini.
Tun Hanif selamat dikebumi Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara
Jenazah Allahyarham Tun Hanif Omar selamat dikebumikan jam 3.17 petang pada Sabtu.
Kekejaman Zionis: Rakyat Palestin terkorban melepasi 34,000 nyawa
Angka kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel kini melepasi 34,000 nyawa setakat Jumaat.
Polis kesan sindiket jual darjah kebesaran diraja Kedah sehingga lebih RM100,000
Seramai 19 individu ditahan kerana dipercayai menggunakan Darjah Setia Diraja Kedah sebelum mendapat kurniaan daripada Sultan Kedah.