MALAYSIA
Polis kesan suspek pecah cermin kereta Tesla, larikan beg berisi wang tunai
ACP Balveer Singh berkata pihaknya mengesan sebuah video tular di laman Facebook yang memaparkan kejadian itu, sebelum menerima laporan daripada seorang lelaki pada hari sama. - Bernama
JOHOR BAHRU: Polis sedang mengesan beberapa individu yang disyaki terlibat dalam kejadian memecahkan cermin kereta Tesla dan melarikan beg berisi wang tunai dengan anggaran kerugian RM100,000 di Taman Perling di sini, Khamis lepas.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara ACP Balveer Singh Mahindar Singh berkata pihaknya mengesan sebuah video tular di laman Facebook yang memaparkan kejadian itu, sebelum menerima laporan daripada seorang lelaki berusia 34 tahun pukul 1.34 tengah hari, pada hari sama.
"Siasatan awal mendapati kejadian berlaku kira-kira pukul 10.11 pagi, bila mangsa meletakkan kereta elektrik miliknya dalam keadaan baik (berkunci), namun, apabila mahu menggunakannya, dia mendapati cermin hadapan bahagian pemandu telah dipecahkan oleh suspek yang tidak dikenali.
"Mangsa mendakwa barang yang dilaporkan hilang ialah sebuah beg berisi sejumlah wang tunai dengan anggaran kerugian sebanyak RM100,000," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu agar menyalurkan maklumat kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara menerusi talian 07-5563122.
-- BERNAMA