awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis kesan tiga pelatih pusat serenti Serendah melarikan diri

Bernama
Bernama
05/08/2023
10:44 MYT
Polis kesan tiga pelatih pusat serenti Serendah melarikan diri
Hasil siasatan mendapati pelatih yang melarikan diri sedang menjalani pemulihan di pusat berkenaan. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan tiga pelatih Pusat Serenti Serendah, Hulu Selangor yang dipercayai melarikan dari pusat berkenaan, semalam.
Dua pelatih adalah dari Asrama Al-Azim dan seorang pelatih dari Asrama Al-Hamzah dengan masing-masing berumur 44 tahun hingga 55 tahun.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Ahmad Faizal Tahrim berkata ketiga-tiga pelatih berkenaan didapati tiada dalam baris sewaktu perhimpunan pagi dan meninggalkan pusat berkenaan tanpa kebenaran ketua institusi.
Beliau berkata pelatih berkenaan dipercayai melarikan diri selepas selesai solat subuh.
"Ketiga-tiga pelatih dipercayai telah memanjat tiang pagar 'antipanjat' yang disandarkan kepada pagar berkawat dan melarikan diri.
"Polis telah menyenaraihitamkan pelatih-pelatih berkenaan sehingga tangkapan dibuat," katanya dalam kenyataan hari ini.
Ahmad Faizal berkata hasil siasatan mendapati pelatih yang melarikan diri sedang menjalani pemulihan di pusat berkenaan.
Beliau berkata berdasarkan kejadian ini, polis telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 224 Kanun Keseksaan.
"Polis menyeru orang ramai agar tampil dengan segera ke mana-mana balai polis berhampiran jika mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu bagi membantu polis.
"Sebarang maklumat pertanyaan boleh menghubungi terus Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor di talian 03-60641132 atau pegawai penyiasat Insp Siti Zulaikha Mohamed di talian 03-60641222," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pelatih Pusat Serenti
#melarikan diri
#Serendah
#pemulihan dadah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan