awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis kesan waris mayat lelaki ditemukan terdampar di Pantai Teluk Kemang

Bernama
Bernama
31/12/2024
14:49 MYT
Polis kesan waris mayat lelaki ditemukan terdampar di Pantai Teluk Kemang
Polis sedang mengesan waris kepada lelaki yang mayatnya ditemukan terdampar di tepi laut di Batu 9, Pantai Teluk Kemang, Port Dickson, Ahad lepas.
SEREMBAN: Polis sedang mengesan waris kepada lelaki yang mayatnya ditemukan terdampar di tepi laut di Batu 9, Pantai Teluk Kemang, Port Dickson, Ahad lepas.
Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Maslan Udin berkata siasatan awal mendapati lelaki itu tidak mempunyai sebarang butiran pengenalan diri dan pemeriksaan lanjut tidak mengesan sebarang unsur perlakuan jenayah pada tubuhnya.
"Lelaki itu berketinggian kira-kira 165 sentimeter, bertubuh gempal, berambut pendek, berkulit cerah selain mempunyai tatu bertulis 'SOMIT HAPA' pada lengan kanan.
"Mayat lelaki itu ditemukan dalam keadaan memakai seluar panjang warna hitam beserta tali pinggang warna coklat dan gancu besi bertulis 'Marlboro' serta baju-T lengan pendek berkolar biru bertulis BHPC lambang kuda sukan Polo," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan lelaki itu diminta menghubungi Sarjan Mejar Ratnawati Hasbi Abu menerusi talian 06-6625222 atau 012-6898542 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pantai Teluk Kemang
#Polis Daerah Port Dickson
#waris
#mayat ditemukan terdampar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan