KUALA LUMPUR: Polis Kuala Lumpur dalam proses melengkapkan kertas siasatan berhubung penipuan visa haji furada oleh dua ejen pelancongan yang beroperasi di Danau Kota, Setapak di sini, membabitkan kerugian lebih RM2 juta.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim berkata sebanyak 47 laporan polis diterima berhubung kes berkenaan dan susulan itu dua lelaki serta tiga wanita warga tempatan berusia 28 hingga 51 tahun ditahan bagi membantu siasatan.
"Setelah tempoh reman tamat pada 16 Julai lepas, kesemua individu terbabit diserahkan kepada Polis Kontinjen Johor untuk siasatan berkaitan modus operandi yang sama," katanya dalam kenyataan hari ini.
Azmi berkata kertas siasatan akan dirujuk kepada pejabat Peguam Negara dalam masa terdekat untuk mendapatkan keputusan tindakan lanjut.
Semalam, Setiausaha Polis Malaysia Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin dalam kenyataannya memaklumkan pihaknya menerima 121 laporan berhubung kes penipuan pakej menunaikan ibadah haji dan umrah menggunakan visa furada yang melibatkan kerugian lebih RM5.1 juta di seluruh negara.
Pada 7 Julai lepas, kira-kira 380 bakal jemaah haji dilaporkan terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dipercayai menjadi mangsa penipuan sebuah syarikat pelancongan swasta.
Mereka dipercayai menggunakan visa furada, iaitu visa yang diuruskan sendiri tanpa membabitkan jumlah kuota yang diperoleh Lembaga Tabung Haji (TH).
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 20 2022

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim berkata sebanyak 47 laporan polis diterima berhubung kes berkenaan dan susulan itu dua lelaki serta tiga wanita warga tempatan ditahan bagi membantu siasatan. - Gambar fail/BERNAMA

Ribut landa kampus UUM Sintok
Ribut serta hujan lebat melanda kampus Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, petang ini, menyebabkan beberapa batang pokok tumbang dan merosakkan infrastruktur universiti itu.

Penat dengan politik Bollywood punca Priyanka Chopra bawa diri
Chopra Jonas menyifatkan kehadirannya dalam industri Bollywood seolah ditolak ke satu sudut ketika itu.

Armada kecam tindakan laman FB Kelab Peminat Kartunis Zunar
Armada mengecam tindakan pemilik laman Facebook Zunar Cartoonist Fan Club yang dilaporkan mencemar kesyumulan Islam.

KPM rangka pelan tangani isu guru bersara awal
Kementerian Pendidikan (KPM) mengakui guru bersara awal adalah satu isu yang tidak boleh dipandang remeh.

Lawatan rasmi buka lembaran hubungan strategik
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan lawatan rasmi ke China hari ini sehingga 1 April ini. Lawatan rasmi ini bakal membuka lembaran baharu dalam mengukuhkan hubungan strategik antara Kuala Lumpur dan Beijing ke arah yang lebih komprehensif. Wartawan Astro AWANI, Hasimi Muhamad kini berada di Beijing untuk membawakan perkembangan terperinci jadual padat Perdana Menteri di China.

Kos Sara Hidup | Bazar Ramadan Rahmah, saingan kepada bazar biasa

Presiden UMNO sahkan Ketua Menteri Melaka letak jawatan
Desas-desus pertukaran Ketua Menteri Melaka akhirnya terjawab dengan peletakan jawatan Datuk Seri Sulaiman Md Ali sebagai Ketua Menteri. Perkara itu disahkkan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sambil menyatakan beliau menghadap Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam untuk mempersembah nama calon Ketua Menteri baharu.

Kos Sara Hidup | Bazar Ramadan Rahmah jadi tumpuan

Harga siling ayam dan telur diputuskan Khamis
Kerajaan berkemungkinan akan mengumumkan harga siling bagi bekalan ayam dan telur menjelang perayaan Aidilfitri esok sementara menantikan perbincangan dua kementerian pada Rabu.

Sulaiman letak jawatan, Melaka bakal dapat Ketua Menteri baharu
Desas-desus pertukaran Ketua Menteri Melaka akhirnya terjawab dengan peletakan jawatan Datuk Seri Sulaiman Md Ali sebagai Ketua Menteri.

PDRM akan panggil semula saksi kes kematian Beng Hock
PDRM telah diminta untuk membuat rakaman percakapan lanjut saksi-saksi penting sebelum mengemukakan semula kertas siasatan tersebut kepada AGC.

Kertas siasatan kes ugutan bunuh terhadap kumpulan muzik Radja selesai
Polis telah mengambil keterangan daripada 14 individu warga tempatan dan tiga warga asing bagi membantu siasatan.

Mafia korporat Malaysia: Polis buka dua kertas siasatan sejak tahun lepas
PDRM telah membuka dua kertas siasatan sejak Mei lepas berhubung dakwaan kes salah laku dan penyelewengan kewangan seperti yang dilaporkan dalam sebuah artikel.

Polis buka kertas siasatan anggota didakwa ganggu isteri orang
Polis juga telah menerima laporan daripada suami wanita terbabit mengenai salah laku anggota berusia 36 tahun yang bertugas di Balai Polis Ayer Keroh itu.

Polis buka kertas siasatan kes tikam di Hospital Selayang
Kertas siasatan telah dibuka berhubung kes itu mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mencederakan dengan senjata.

Dakwaan penyelewengan zakat MAINS: SPRM buka semula kertas siasatan
SPRM membuka semula kertas siasatan berhubung dakwaan penyelewengan wang zakat membabitkan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) Zakat Sdn Bhd.

Ibu lapor polis guru dorong anak masuk Islam
Siasatan terperinci sedang dilakukan berhubung kejadian ini dan beberapa orang saksi telah dirakam percakapan.

Tipu tawaran e-baucar: Polis buka lima kertas siasatan
Tawaran melalui aplikasi dalam talian itu diperkenalkan pada 2020 membabitkan pembelian barangan dan perkhidmatan menggunakan e-dompet.

APMM akan panggil pemilik, keluarga anak kapal MV Dai Cat 06
APMM akan membuka kertas siasatan dan memanggil pemilik kapal, keluarga anak kapal termasuk ejen kapal berkenaan.

Kubur Bill Kayong dirosakkan, polis buka kertas siasatan
Insiden tersebut disedari oleh orang awam yang kemudiannya membuat laporan kepada pihak polis.