awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis KL tawar 50 peratus diskaun saman bermula esok hingga Sabtu

Bernama
Bernama
04/11/2024
08:30 MYT
Polis KL tawar 50 peratus diskaun saman bermula esok hingga Sabtu
Polis Kuala Lumpur menawarkan diskaun saman sebanyak 50% kepada pesalah trafik dari esok hingga Sabtu ini, dengan kaunter dibuka di Balai Polis Tun H S Lee. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Polis Kuala Lumpur menawarkan diskaun saman sebanyak 50 peratus kepada pesalah trafik bermula esok hingga Sabtu ini.

Ringkasan AI
  • Polis Kuala Lumpur menawarkan diskaun saman sebanyak 50% kepada pesalah trafik dari esok hingga Sabtu ini, dengan kaunter dibuka di Balai Polis Tun H S Lee.
  • Pembayaran saman boleh dilakukan secara bebas tunai, tetapi diskaun tidak termasuk saman kemalangan, saman bicara mahkamah, kategori tidak boleh kompaun, dan beberapa kesalahan lain seperti memotong secara berbahaya dan menggunakan lorong kecemasan.
  • Kesalahan berkaitan kenderaan berat, pengubahsuaian ekzos, saman berstatus Op Selamat, dan memotong di garisan berkembar juga tidak termasuk dalam tawaran diskaun ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur ACP Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata kaunter akan dibuka di Balai Polis Tun H S Lee dan orang ramai boleh mengambil peluang membuat semakan serta pembayaran saman secara bebas tunai.
Mohd Zamzuri berkata tawaran diskaun berkenaan tidak termasuk bagi kes saman kemalangan, saman bicara mahkamah, kategori tidak boleh kompaun, memotong secara berbahaya, kesalahan menggunakan lorong kecemasan dan langgar lampu isyarat.
"Kesalahan berkaitan kenderaan berat, pengubahsuaian ekzos, saman berstatus Op Selamat dan kesalahan memotong di garisan berkembar turut tidak termasuk dalam tawaran tersebut," katanya ketika dihubungi hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Diskaun Saman
#50 peratus
#Polis Kuala Lumpur
#Balai Polis Tun H S Lee
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan