MALAYSIA
Polis KL tingkat kawalan keselamatan di kawasan tumpuan menjelang Deepavali
Fadil berkata pihaknya akan bertindak sebagai pasukan penguat kuasa utama bersama agensi lain dalam menumpukan kawasan terlibat. - Gambar PDRM
KUALA LUMPUR: Polis Kuala Lumpur akan mempertingkatkan kawalan keselamatan di kawasan tumpuan orang ramai bagi mendapatkan barangan kelengkapan dan keperluan menjelang sambutan Deepavali 20 Oktober ini.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata pihaknya akan bertindak sebagai pasukan penguat kuasa utama bersama agensi lain dalam menumpukan kawasan terlibat.
"Usaha ini turut mendapat kerjasama daripada pelbagai pihak termasuk Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), pihak berkuasa tempatan, Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan persatuan perniagaan," katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan mesra di kawasan Brickfields di sini pada Sabtu.
Beliau berkata Brickfields merupakan antara lokasi tumpuan orang ramai menjelang sambutan Deepavali dan penambahan kawalan keselamatan akan melibatkan penempatan lebih ramai anggota di kawasan berkenaan.
Dalam tinjauan itu, Fadil diiringi Setiausaha MCPF Kuala Lumpur Yathiren Saminathan, Timbalan Pengarah Jabatan Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Mohd Hisham Izhar dan Pengerusi KRT Brickfields G. Subramaniam.
Semasa program itu, Fadil meluangkan masa beramah mesra dengan para peniaga dan pengunjung di sekitar Little India, Brickfields yang mula meriah dengan jualan pelbagai barangan keperluan menjelang sambutan Deepavali.
--BERNAMA