MALAYSIA
Polis KL utamakan kesedaran, bukan saman dalam kempen trafik Op PUU
Fadil Marsus (foto) berkata, saman hanya dikeluarkan sebagai langkah terakhir sekiranya masyarakat masih gagal mematuhi peraturan asas lalu lintas. -Foto fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Polis tidak mahu mengambil pendekatan menghukum dengan terus mengenakan saman, sebaliknya menekankan aspek kesedaran masyarakat untuk mematuhi undang-undang.
Ringkasan AI
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, saman hanya dikeluarkan sebagai langkah terakhir sekiranya masyarakat masih gagal mematuhi peraturan asas lalu lintas.
“Hampir 77,000 notis advokasi telah dikeluarkan dalam tempoh sebulan. Angka ini membimbangkan kerana ia menunjukkan tahap kesedaran masyarakat termasuk warga luar yang datang ke Kuala Lumpur masih rendah dalam mematuhi undang-undang.
"Bila kita lihat angka ini, ia sesuatu yang sangat membimbangkan. Bayangkan jika notis itu ditukarkan kepada saman," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, di sini, pada Jumaat.
Tambahnya, sebanyak 7,013 saman lalu lintas dalam tempoh dua hari selepas penguatkuasaan penuh Operasi Pematuhan Undang-Undang (Op PUU) 2025 bermula kelmarin.
Sehubungan itu, beliau berkata, PDRM menyeru orang ramai supaya sentiasa mematuhi undang-undang demi keselamatan diri, keluarga dan pengguna jalan raya yang lain.
Menurut Fadil, buat masa ini tindakan penguatkuasaan hanya dilaksanakan di kawasan panas (hotspot) dan akan diperluaskan ke seluruh Kuala Lumpur secara berperingkat, dengan melibatkan semua elemen PDRM termasuk trafik, operasi, siasatan jenayah, narkotik dan komersial.
"Kami akan laksanakan penguatkuasaan secara berterusan 24 jam sepanjang tahun, dengan kerjasama agensi lain seperti DBKL dan JPJ.
"Matlamatnya adalah untuk memberi impak positif dan membina budaya masyarakat yang patuh undang-undang,” jelasnya.
Ringkasan AI
- Polis KL utamakan kesedaran masyarakat berbanding hukuman, dengan hampir 77,000 notis advokasi dikeluarkan dalam sebulan
- Penguatkuasaan trafik akan diperluas ke seluruh Kuala Lumpur secara berperingkat melibatkan semua elemen PDRM dan agensi lain
- Matlamat utama ialah membina budaya masyarakat yang patuh undang-undang demi keselamatan semua pengguna jalan raya