awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis klasifikasi kes wanita dalam pantang maut sebagai kematian mengejut

Wanna Abd Rahim
Wanna Abd Rahim
13/04/2023
08:42 MYT
Polis klasifikasi kes wanita dalam pantang maut sebagai kematian mengejut
Pada Rabu, ibu kepada empat anak itu ditemukan maut di dalam bilik kediamannya di kampung Beris Panchor, Bachok, sekitar jam 5.00 petang.- Fail/Astro AWANI
KOTA BHARU: Polis mengklasifikasikan kematian seorang wanita dalam pantang yang ditemukan dengan kesan kecederaan petang semalam sebagai kematian mengejut.
Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin berkata, siasatan awal pihak polis tidak menemui sebarang unsur jenayah di tempat kejadian.
“Hasil siasatan polis di tempat kejadian mendapati tiada sebarang unsur jenayah yang terkesan, dan hasil bedah siasat mendapati punca kematian adalah disebabkan oleh pendarahan yang teruk,” katanya, menerusi satu kenyataan di sini, hari ini.
Pada Rabu, ibu kepada empat anak itu ditemukan maut di dalam bilik kediamannya di kampung Beris Panchor, Bachok, sekitar jam 5.00 petang.
Kejadian tersebut berlaku selepas mangsa, berusia 35 tahun itu, dipercayai mengunci pintu bilik.
Wanita sedang berpantang ditemui dengan pisau di lehernya
Mangsa juga dikatakan sempat menghubungi suaminya yang bertugas di Kedah sewaktu berada dalam biliknya.
Anak mangsa yang berusia 36 hari dijaga oleh ibu mangsa sewaktu kejadian itu berlaku.
Menurut adik mangsa, Wan Muhamad Nasir Wan Mahadi, beliau memanjat tangga melalui tingkap luar rumah dan mendapati kakaknya berada dalam keadaan berlumuran darah.
Mangsa di bawa ke klinik Kesihatan Beris Panchor dan dipercayai meninggal dunia di sana.
Topic Berkaitan
#wanita berpantang
#pisau tertusuk
#polis Bachok
#kematian mengejut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan